Menurut Agensi Berita Xinhua China, Menteri Luar Myanmar U Win Aung baru-baru ini semasa diwawancara oleh media massa China telah menyanjung tinggi peranan yang penting lima prinsip hidup bersama secara damai yang dikemukakan oleh China, Myanmar dan India pada 50 tahun yang lalu. Beliau menyeru pelbagi negara terus mempertahankan lima prinsip hidup bersama secara damai.
U Win Aung menegaskan, pada 28 Jun 1954, China, India dan Myanmar telah bersama-sama mengemukakan lima prinsip hidup bersama secara damai, kalau berdasarkan lima prinsip tersebut, pelbagai negara boleh hidup secara damai.
Beliau menegaskan, hakikat lima prinsip hidup bersama secara damai ialah baik negara besar maupun negara kecil seharusnya saling menghormati dan mengiktiraf kedaulatan. Beliau telah mengkritik tindakan beberapa negara yang tidak mengendahkan kedaulatan negara lain.
|