Pendidikan Pengajian Peringkat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) China mengutamakan keupayaan bekerja para pelajar pada masa ini kerana perusahaan-perusahaan menumpukan perhatian terhadap keupayaan tenaga profesional waktu mereka memilih pekerja.
Forum Perkembangan MBA China ke-5 telah diadakan di Universiti Xibei China baru-baru ini. Wakil-wakil pensyarah dan pelajar MBA dari 89 buah institusi pengajian tinggi yang membuka kursus pengajaran MBA membincangkan hubungan perusahaan dengan pelajar MBA pada zaman kini dan berpendapat, lulusan MBA yang bukan sahaja memiliki ilmu pengetahuan, tetapi juga memiliki keupayaan, baru bersesuaian permintaan perkembangan sosioekonomi pada masa ini.
Pendidikan MBA China bermula pada tahun 1991 dan pendidikan MBA pelbagai bentuk telah dibentuk pada masa ini, jumlah institusi pengajian tinggi yang membuka kursus pengajaran MBA bertambah daripada 9 buah pada tahun 1991 kepada 89 buah pada masa ini, jumlah pelajar MBA melebihi 10 ribu setiap tahun dan jumlah pelajar yang sedang belajar di sekolah mencatat lebih 40 ribu orang. Pendidikan MBA memainkan peranan positif dalam melatih tenaga profesional perusahaan China yang menguasai pengetahuan pengurusan yang menyeluruh dan meningkatkan kualiti mereka.
Akan tetapi, pengajaran di kebanyakan sekolah China sentiasa mencontohi cara pengajaran luar negara, jumlah pensyarah dan kualiti bahan pengajaran di beberapa sekolah kurang cukup, sehingga lulusan MBA dari sekolah tersebut tidak dapat memenuhi permintaan pasaran, manakala pelajar MBA yang diajar dalam beberapa sekolah menjejaskan penilaian positif masyarakat terhadap pendidikan MBA.
Sehubungan dengan itu, Chansilor Institusi Perdagangan Changjiang China, Prof. Xiang Bing mencadangkan, pembaharuan harus diamalkan terhadap pendidikan MBA China yang wujud sekarang. Cuma mencontohi cara pendidikan luar negara tidak boleh melatih lulusan MBA China yang unggul; kaedah pengurusan orisinil harus dibentuk dan sejumlah profesor peringkat dunia harus dimiliki dalam institusi perdagangan China. Ini amat penting bagi meningkatkan daya saingan pasaran China.
----Ching
|