Baru-baru ini, China mula melaksanakan rancangan "Perintis Cucuk Penyelidikan" yang mencegah dan merawat penyakit berjangkit baru. Berdasarkan rancangan itu, cara teknologi akan dikaji dan diselidik untuk memeriksa dan mengenal pasti dengan segera penyakit berjangkit baru, memberi amaran, mengadakan diagnos dan merawat penyakit berjangkit yang baru merebak.
Penyelidikan rancangan ini akan dilaksanakan bersama-sama oleh badan tentera dan badan awam berkaitan bertujuan untuk menyebabkan cara penyelidikan lebih standard dan dapat diketahui menerusi jaringan net, membezakan dengan cepat dan tepat penyakit berjangkit baru, memastikan cara dan lingkungan perebakan penyakit itu dan memberi amaran.
Rancangan "Perintis Cucuk Penyelidikan" ditanggungjawab oleh Kementerian Kesihatan China dan Bahagian Kesihatan Jabatan Logistik Am Tentera Pembebasan Rakyat China. Topik projek penyelidikan termasuk: pembentukan cara pemeriksaan penyakit berjangkit baru yang mungkin merebak di China, penyelidikan terhadap teknologi pemeriksaan patogen penyakit berjangkit baru, penyelidikan terhadap diagnos dan sistem mengenal pasti di klinik penyakit berjangkit baru dan penyelidikan terhadap liputan penyakit berjangkit baru di China.
Pakar penyakit berjangkit yang juga Profesor Hospital Tentera Pembebasan Rakyat 302, Encik Jiang Suchun menyatakan, penyakit berjangkit baru adalah penyakit berjangkit yang muncul, variasi dan menular di China dalam tempoh 20 hingga 30 tahun yang lalu. Seiring dengan pertukaran antarabangsa China ditingkatkan, penyakit berjangkit baru di luar negara berkemunkinan besar menular di China, sehubungan dengan itu, kewaspadaan dan pencegahan harus ditingkatkan.
Menurut beliau, pada tahun-tahun kebelakangan ini, penyakit berjangkit baru bertambah banyak di sejegat, terdapat kira-kira sejenis penyakit berjangkit baru muncul purata setiap tahun. Penyakit berjangkit tersebut merebak dengan pesat dan mengakibatkan kes kematian yang banyak. Asal sahaja penyakit berjangkit tersebut merebak di China, kestabilan masyarakat, pertumbuhan ekonomi, keselamatan negara dan kesihatan penduduk akan terjejas serius.
Menurut Encik Jiang Suchun, cara perebakan penyakit berjangkit tersebut beraneka ragam. Misalnya, penyakit lembu gila dapat menulari manusia dan binatang menerusi bahan makanan. Sehubungan dengan itu, untuk mencegah penyakit berjangkit baru di luar negara menulari di China, badan berkaitan China harus menumpukan perhatian terhadap trend perebakan penyakit berjangkit baru di luar negara, mengetahui dengan lebih lanjut cirri-ciri penyakit, teknologi diagnos utama dan tindakan pencegahan dan rawatan. Asal sahaja penyakit berjangkit menular di China, penyakit berjangkit itu harus dikesan tepat pada waktunya, tindakan rasional harus diambil untuk mencegah perebakan penyakit berjangkit itu. Badan kastam pelbagai tempat China harus meningkatkan pemeriksaan terhadap orang, binatang, bahan makanan dan ubat-ubatan yang keluar masuk sempadan China berdasarkan peraturan undang-undang berkaitan. Di samping itu, pendidikan pengetahuan tentang penyakit berjangkit harus ditingkatkan terhadap orang yang keluar negara supaya mereka meningkatkan kesedaran pencegahan penyakit berjangkit.
----Ching
|