Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-28 12:53:06    
Kerajaan China Tetapkan Tiga Tindakan Sediakan Sembilan Juta Kerja untuk Penganggur pada Tahun ini

CRI
Matlamat yang ditetapkan oleh kerajaan China pada tahun ini ialah menyediakan sembilan juta kerja untuk penganggur. Pegawai Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China semasa diwawancara oleh wartawan menyatakan, kerajaan akan melaksanakan tiga tindakan untuk menjamin matlamat itu dicapai.

China menghadapi kesukaran untuk menyediakan kerja untuk penganggur pada tahun 2004. Seiring dengan langkah mempercepat penyusunan semula struktur dan pembaharuan perusahaan, seramai kira-kira 14 juta pekerja akan menjadi penganggur di China pada tahun ini. Menurut maklumat, Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China akan melaksanakan tiga tindakan untuk menjamin sebanyak sembilan juta kerja disediakan kepada penganggur. Pegawai Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China Encik Feng Zheng menyatakan, salah satu tindakan utama ialah meningkatkan peruntukan menyediakan peluang kerja kepada penganggur. Beliau menyatakan,

"Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan untuk menyediakan kerja kepada penganggur ditingkatkan daripada 4.7 bilion Yuan RMB pada tahun lalu kepada 8.3 bilion Yuan RMB pada tahun ini. Peruntukan tersebut digunakan untuk menyediakan bantuan kewangan insurans sosial, memperkenalkan kerja, menyediakan latihan dan memberi subsidi pinjaman wang yang berjumlah kecil kepada penganggur."

Wartawan mendapat maklumat bahawa anggaran kewangan kerajaan telah diluluskan dalam perbahasan Kongres Rakyat Kebangsaan China, badan kerajaan berkaitan sedang berusaha melaksanakan pengiraan agar peruntukan tersebut disediakan dengan secepat mungkin.

Selain meningkatkan bantuan kewangan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penganggur, kerajaan China juga menetapkan tindakan untuk meningkatkan latihan terhadap penganggur pada tahun ini untuk membolehkan lebih ramai penganggur mendapat kerja. Menurut maklumat, Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China akan menyediakan latihan teknikal kepada lebih 8 juta penganggur pada tahun 2004 hingga tahun 2005, dijangka kadar penganggur mendapat kerja setelah mengikuti latihan akan mencatat 50%.

Untuk menjamin kualiti latihan, Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China akan melaksanakan latihan bersama-sama dengan badan kerajaan lain. Selain itu, saluran perhubungan maklumat badan latihan dengan badan pekerjaan akan dibentuk, memberi maklumat tentang permintaan pasaran tenaga manusia kepada badan latihan menurut jadual agar badan latihan menetapkan jurusan dan projek latihan yang rasional.

Di samping itu, Kementerian Buruh dan Jaminan Sosial China juga akan melaksanakan latihan profesional jarak jauh dengan menggabungkan teknologi data satelit, jaringan net serta mengadakan pengajaran menerusi siaran radio dan TV untuk memudahkan penganggur di kawasan terpencil dan mundur mendapat latihan.

Pada tahun ini, kerajaan China juga akan menyempurnakan sistem pemeriksaan dan penilaian, membentuk dan menyempurnakan mekanisme jangka panjang untuk menyediakan peluang kerja kepada penganggur.

Menteri Buruh dan Jaminan Sosial China Encik Zheng Silin menyatakan,

"Jaringan perkhidmatan untuk menyediakan kerja kepada penganggur telah dibentuk di setiap kawasan kediaman penduduk China. Dengan ini, mekanisme jangka panjang akan dibentuk untuk menyediakan kerja kepada penganggur."

----Ching