Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-28 14:23:34    
Cerita tentang Orang Cacat dan Pesakit Kronik di China

CRI
Di bandar Renqiu, Provinsi Hebei, bahagian utara China, terdapat satu "Rumah Hijau Zhanghua"—sebuah pusat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang cacat dan pesakit kronik. Ia dinamakan oleh Puan Zhang Hua—pesakit uremia di bandar tersebut. Para penghuni "Rumah Hijau Zhanghua" adalah orang cacat dan pesakit kronik, tetapi mereka menyayangi kehidupan, saling menyokong dan menggalakkan, dan berusaha mencipta kehidupan yang baru.

Pengasas "Rumah Hijau Zhanghua"—Puan Zhang Hua sewaktu berumur 19 tahun, bertugas sebagai Ketua Pasukan Ujian Minyak Wanita yang pertama di China, dan mengidap penyakit uremia sewaktu berumur 38 tahun. Walaupun pernah beberapa kali hampir mati akibat penyakit uremia, tetapi beliau tetap penuh keyakinan dan sayang akan kehidupan.

Pada bulan Mac tahun 1997, atas bantuan unit kerjanya, Puan Zhang Hua membuka satu talian penting yang menyediakan khidmat nasihat tentang masalah psikologi. Seterusnya, pada bulan Ogos, tahun 2002, Puan Zhanghua telah membuka "Rumah Hijau Zhanghua" untuk menyediakan satu tempat kepada pesakit untuk saling bertukar fikiran dan saling menggalakkan.

"Warna hijau melambangkan jiwa, para peserta di sini terdiri daripada pesakit kronik, orang cacat dan orang miskin yang hilang kepercayaan terhadap kehidupan. Mereka menganggap mereka sendiri sudah dilupakan masyarakat. Kami menamakannya 'Rumah Hijau' kerana kami berasa seronok di sini."

Puan Wen Ge yang berumur 45 tahun mengalami kecacatan 2 kakinya sejak beliau kecil, dan merupakan salah seorang peserta yang paling awal menyertai "Rumah Hijau Zhanghua". Beliau menceritakan perasaannya setelah menyertai "Rumah Hijau Zhanghua" seumpama seorang anak kecil yang kehilangan keluarga kembali ke pangkuan ibunya. Bukan Puan Wen Ge seorang sahaja, suami dan anaknya juga bertugas sebagai sukarelawan di "Rumah Hijau Zhanghua". Encik Li Xuehua, pesakit uremia yang sudah menjadi buta, pernah merancang membunuh diri kerana banyak berhutang. Setelah menyertai "Rumah Hijau Zhanghua", beliau melihat ramai orang yang lebih teruk daripadanya tetap hidup dengan gembira, dan turut memberi galakan kepada orang lain. Pada masa ini, Encik Li Xuehua tidak berfikir lagi membunuh diri.

Encik Wang Quan, salah seorang anggota "Rumah Hijau Zhanghua" berkata, " 'Rumah Hijau Zhanghua' merupakan sebuah tempat yang seronok dan dipenuhi harapan, ia benar-benar boleh mengubah pandangan dunia peserta, dan mencipta harapan baru."

Setelah ditubuhkan, "Rumah Hijau Zhanghua" pernah mengatur para peserta melancong ke Kaunti Huairou, Bandar Beijing yang terletak 150 kilometer dari Bandar Renqiu. Aktiviti itu menjadikan para peserta yang sudah lama tidak berkunjung ke luar bandar berasa gembira sekali.

Kerja yang dijalankan oleh "Rumah Hijau Zhanghua" mengharukan ramai orang sehingga mereka sedia bertugas sebagai sukarelawan. Encik Sun Haizheng, mahasiswa Institut Sukan Bandar Tianjin yang berumur 20 tahun merupakan sukarelawan yang paling awal bertugas di "Rumah Hijau Zhanghua". Beliau berkata, "Sewaktu saya berjalan masuk ke 'Rumah Hijau Zhanghua', dan melihat Puan Zhanghua banyak kali hampir hampir mati akibat penyakit yang dihadapinya, tetap bersikap optimis terhadap kehidupan, saya agak terharu. Sebagai seorang mahasiswa, saya berasa harus memberi sumbangan kepada masyarakat. Saya mengambil peluang ini dan bertugas di 'Rumah Hijau Zhanghua', ia berfaedah bagi saya."

----Azmi