Menurut Agensi Berita Xinhua China, Biro Perubatan Haiwan Kementerian Pembangunan Pertanian dan Desa Vietnam, Bui Quang Anh semalam menyatakan bahawa wabak selesema burung berkemungkinan besar berlaku semula di Vietnam disebabkan virus selesema burung masih dikesan di 13 provinsi negara itu.
Bui Quang Anh berkata, berdasarkan keputusan pemeriksaan yang dijalankan di semua 38 provinsi Vietnam, ternakan ayam itik di 13 provinsi itu dikesan mengalami penyakit selesema burung. Kini, wabak selesema burung berkemungkinan besar berlaku di provinsi-provinsi di kawasan aliran Sungai Mekong dan Delta Sungai Merah."
|