Menurut Agensi Berita Xinhua China, pihak Polis Indonesia semalam mengumunkan bahawa tindakan memerangi kegiatan dadah yang dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia semenjak 1 hingga 26 Jun yang lalu telah mencapai kejayaan, mereka telah menangkap 338 orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah serta merampas sejumlah besar dadah di kawasan Jakarta sahaja.
Dalam tindakan hampir sebulan itu, pihak Polis Indonesia telah merampas bil khayal sebanyak 15 ribu biji, ubat perangsang 1163 keping, ganja 211.5 kilogram, heroin 240 gram serta kokain 315 gram.
|