Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-29 11:15:06    
Kadar Kematian dalam Kemalangan Komunikasi Turun di Beijing

Agensi Berita Xinhua China
Berdasarkan maklumat dari Persatuan Palang Merah Bandar Beijing semalam, sejak mekanisma bantuan kecemasan kemalangan komunikasi dibentuk bersama-sama antara Jabatan Kawalan Komunikasi Beijing dengan Pusat Bantuan Kecemasan 999 Persatuan Palang Merah Bandar Beijing, kadar kematian dalam kemalangan komunikasi telah turun 1.3% di bandar Beijing.

Menurut data-data terbaru, kadar kematian dalam kemalangan komunikasi China purata mencatat 16% hingga 17%, manakala, angka itu telah turun ke 1.3% di Beijing.

Berdasarkan maklumat, sebelum mekanisme itu dilaksanakan, apa bila kemalangan komunikasi dimaklumkan, mangsa kemalangan dihantar ke hospital setelah disaksikan oleh pegawai polis, ini tidak bermanfaat bagi menyelamatkan mangsa.

Merujuk kepada isu itu, pada penghujung tahun 2002, Pusat Bantuan Kecemasan 999 bekerjasama dengan Bahagian Kemalangan Jabatan Komunikasi Bandar Beijing untuk menubuhkan 3 pusat bantuan kecemasan percubaan di kawasan kawalan pasukan polis daerah Haidian. Apa bila kemalangan berlaku, kereta polis dan ambulans bertolak serentak untuk menyelamatkan mangsa dan menguruskan kemalangan itu dalam masa yang sama.

Seiring dengan tugas yang dilaksanakan dalam 3 pusat bantuan kecemasan percubaan tersebut terus mencapai kejayaan, kedua-dua pihak membuka talian penting maklumat kemalangan komunikasi untuk mewujudkan perkongsian maklumat antara talian penting bantuan kecemasan 999 dengan Jabatan Kawalan Komunikasi. Kemudian, kedua-dua pihak membentuk pusat bantuan kecemasan dalam 12 pasukan komunikasi asas dan 18 pusat bantuan kecemasan di sekitar laluan utama yang kadar berlakunya kemalangan komunikasi lebih tinggi. Ini menyebabkan bantuan kecemasan lebih cepat dilaksanakan. Menurut statistik, pada tahun 2003, setelah mekanisme bantuan kecemasan kemalangan komunikasi dikuatkuasakan, Pusat Bantuan Kecemasan 999 Beijing menghantar lebih 10 ribu kali ambulans untuk menyelamatkan mangsa lebih 10 ribu.

Banyak kemalangan komunikasi berlaku di China. Menurut maklumat dari Kementerian Keselamatan Awam China baru-baru ini, sebanyak lebih 210 ribu kemalangan komunikasi berlaku di seluruh negara pada bulan Januari hingga bulan Mei tahun ini, mengakibatkan lebih 40 ribu orang mati dengan kerugian harta benda secara langsung berjumlah sebilion 150 juta Yuan RMB.

Sekarang Pusat Bantuan Kecemasan 999 Beijing telah menubuhkan lebih 60 pusat bantuan kecemasan dengan ambulans profesional lebih 100 buah. Perkhidmatan internet bantuan kecemasan telah dibentuk di Beijng.

----Ching