|
Wartawan CRI melaporkan bahawa jurucakap Kementerian Luar China, Zhang Qiyue menyatakan di Beijing hari ini, pihak China berharap Kesatuan Eropah mempertimbangkan dengan penuh fakta tentang China telah menetapkan kedudukan ekonomi pasaran, mengakui kedudukan ekonomi pasaran kepada China dengan seawal mungkin. Ini bukan sahaja berfaedah kepada China tetapi juga berfaedah kepada peningkatan hubungan China dan negara anggota Kesatuan Eropah.
Zhang Qiyue menyatakan, negara Eropah berharap China mematuhi peraturan WTO dengan ketat dan melaksanakan kewajiban anggota WTO tetapi tidak mengakui kedudukan ekonomi pasaran kepada China, ini tidak adil.
|