Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-30 16:21:57    
Pengenalan tentang Bandar Guangzhou

CRI

Guangzhou merupakan bandar yang indah di selatan China. Bandar itu terkenal kerana adanya destinasi pelancongan yang mempunyai keunikan tersendiri.

Encik Han Zhihe berasal dari Guangzhou. Beliau sudah tinggal di Guangzhou selama lebih 30 tahun. Beliau berkata kepada wartawan kami, terdapat 8 destinasi pelancongan yang terkenal di Guangzhou yang patut dikunjungi oleh para pelancong. Beliau berkata: " Antara destinasi pelancongan di Guangzhou, yang paling menarik ialah 8 destinasi pelancongan bandar Guangzhou yang terkenal di China dan luar negara. Penduduk Guangzhou mencintai kampung halaman mereka dan juga kaya dengan budaya tradisi. Antara 8 destinasi pelancongan itu ialah Gunung Baiyun, Taman Yuexiu, suasana malam di Sungai Mutiara dan lain-lain. Boleh dikatakan, destinasi pelancongan tersebut mempunyai pemandangan alam yang paling indah di Guangzhou".

Destinasi pelancongan " Gunung Baiyun" merupakan gunung yang paling indah di Guangzhou. Gunung Baiyun terletak di utara Guangzhou, di sana gunung-ganangnya bersambungan antara satu dengan lain dan anak sungai yang bersimpang-siur. Selepas hujan atau pada hari yang cerah, gunung-ganang di litupi oleh awan putih.

Pada waktu lapang, ramai penduduk Guangzhou suka berkunjung ke Gunung Baiyun untuk menghirup udara segar. Di sana, selain terdapat kawasan rumput hijau, para pelawat juga berpeluang melawat pelbagai destinasi pelancongan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri, antaranya termasuk "Lembah Mingchun", "Anak Sungai Taohua", " Kuil Nenren", "Gunung Motian", "Hutan Batu Nisan" dan lain-lain. "Tasik Luhu" yang terletak di kaki gunung merupakan destinasi pelancongan yang paling indah.

Pemandangan yang indah permai di tebing Sungai Mutiara pada sebelah malam

Menyaksikan suasana malam di Sungai Mutiara, merupakan acara pelancongan yang semakin diminati oleh ramai pelancong pada beberapa tahun kebelakangan ini. Sungai Mutiara yang merentasi Bandar Guangzhou, merupakan sungai utama di Guangzhou, ia menambah keindahan bandar tersebut. Pada sebelah malam, di kedua-dua tebing sungai itu yang panjangnya 23 kilometer, cahaya lampu neon berkelip-kelip menerangi banyak bangunan di tepi sungai. Para pelancong boleh menaiki bot persiaran yang berlayar di Sungai Mutiara untuk menikmati pemandangan yang indah permai.

Yang sangat menarik ialah Air Terjun Tianhe, sebuah air terjun buatan di tembok kaca setinggi 89 meter, terletak di lapangan Stesen Kereta Api Guangzhou, merupakan air terjun buatan yang terbesar di Asia. Selain itu, berhampiran dengan air terjun itu, terdapat kawasan rumput seluas 100 ribu meter persegi, pasu bunga dan pelbagai patung pahatan. Banyak bangunan tinggi di sekitar lapangan tersebut.

Selain itu, juga terdapat banyak destinasi pelancongan yang unik seperti Kolam Mata Air Panas Conghua, Akuarium Guangzhou, Taman Binatang Malam Changlong, Kampung Peristirahatan Furongzhang dan Taman Binatang Liar Xiangjiang.

Ketika melawat Taman Binatang Liar Malam Changlong, para pelancong boleh menaiki kereta api kecil, merentasi bukit, lembah, hutan dan padang rumput buatan untuk menikmati keseronokan melancong berkonsepkan ekspedisi. Di lapangan Changlong, pelawat boleh menonton pertunjukan sarkas bertaraf dunia yang diadakan oleh artis dan binatang dari pelbagai tempat di dunia dalam suasana cahaya lampu yang berwarna-warni.

Taman Binatang Liar Xiangjiang merupakan pusat pembiakan harimau putih yang terbesar di China. Di sana, terdapat lebih 60 ekor harimau putih. Para pelancong boleh menyaksikan binatang dengan menaiki kereta yang bergerak di kawasan yang terbuka.

Patung Lima Kambing merupakan tanda bandar Guangzhou

Guangzhou sebuah bandar yang indah, menarik ramai pengunjung ke sana. Pemandu pelancong Ci Ye Jiee berkata, untuk memudahkan para pelancong mengetahui Guangzhou, Agensi Pelancongan Bandar Guangzhou telah menyediakan banyak acara pelancongan. Beliau berkata: " Kini, Agensi Pelancongn Bandar Guangzhou menyediakan acara pelancongan yang istimewa dalam bidang ekologi, persidangan, pameran, sains dan teknologi, pertanian, industri dan riadah. Malahan melancong sehari, berkunjung ke destinasi pelancongan yang dekat dan pelancongan yang mempunyai keistimewaan merupakan pilihan yang terbaik bagi pelancong China dan luar negara.

Cik Ye Jiee berkata, kini, Guangzhou mempunyai lebih 1570 buah hotel, yang boleh menampung lebih 200 ribu orang pelancong pada setiap hari.

---- Wang Ling