Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-30 13:53:54    
Elakkan Kepanasan dalam Pasar Raya, Kedai Makanan Segera dan Pawagam

Agensi Berita China
Suhu udara melebihi 36? berturut-turut pada beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan penduduk di bandar Fuzhou, ibu kota Provinsi Fujian tidak dapat menahan panas. Cuaca yang panas itu memaksa penduduk bandar Fuzhou mencari pelbagai cara untuk mengelakkan kepanasan. Tempat yang membuka peralatan penyaman udara sepanjang hari seperti pasar raya, kedai makanan segera dan pawagam menarik para penduduk.

Pada siang hari, di bandar Fuzhou yang cuacanya panas dan pengap, penduduk berjalan dengan tergesa-gesa di bawah sinaran matahari yang terik. Tidak ada sedikit angin bertiup, bagi orang yang memakai baju berlengan pendek, kulit tangannya akan dijemur sehingga merah setelah berjalan lebih 10 minit. Sehubungan dengan itu, bagi keluarga yang mempunyai peralatan penyaman udara, mereka hanya tinggal di rumah pada kebanyakan masa kecuali masuk kerja. Manakala bagi keluarga yang masih belum mempunyai peralatan penyaman udara, bukan sahaja orang dewasa, tetapi juga anak mereka mengalami kesukaran, kerana mereka harus membaca buku dan menyelesaikan kerja rumah. Ibu bapa terpaksa membawa anak mereka ke pasar raya seperti Walmart, selain membeli barang keperluan seharian, anak mereka juga dapat menikmati sejuk dan segar. Ini juga meningkatkan jumlah pelanggan di pasar raya, dan menggembirakan majikan.

Penduduk Fuzhou takut akan kepanasan, kebanyakan orang engan makan ayam goreng atau gentang goreng pada hari yang panas. Akan tetapi cuaca yang panas membantu majikan kerana kanak-kanak tidak ingin sentiasa tinggal di rumah, mereka akan bermain di luar. Ibu bapa mereka takut mereka dijemur sehingga menderita kelengar matahari, dan membawa mereka makan makanan segera di kedai seperti McDonald's dan KFC dengan menikmati sujuk dan segar. Ada kanak-kanak bahkan menyelesaikan kerja rumah mereka di kedai makanan segera. Ini menyebabkan urus niaga di kedai makanan segera itu menjadi lebih makmur. Seorang majikan memberitahu wartawan, mereka tidak kira pelanggan akan membayar berapa dan beberapa lama pelanggan berada di kedai itu, mereka hanya menumpukan perhatian terhadap beberapa pelanggan pernah membeli di kedai sendiri.

Warga tua juga tidak menahan sejuk jika berada dalam bilik yang mempunyai peralatan penyaman udara sepanjang hari. Pada masa hujung minggu, para pemuda melancong di luar bandar atau berenang, warga tua tidak ingin berada di rumah, akan tetapi anggota keluarganya bimbang mereka menderita kelengar matahari. Sehubungan dengan itu, para warga tua saling berjanji membeli tiket untuk menonton wayang gambar di pawagam. Di samping menikmati sejuk dan segar, jika berasa penat, mereka juga boleh tidur untuk sementara waktu. Mereka amat gembira.

----Ching