Untuk menjamin kehidupan asas pekerja perusahaan dan penduduk yang pendapatannya rendah di bandar dan pekan, standard jaminan taraf kehidupan minimum penduduk bandar Beijing akan disusun semula mulai pada 1 Julai agar taraf kehidupan mereka tidak menurun kerana harga bahan makanan naik pada masa ini.
Berdasarkan maklumat dari Sidang Kerja Datuk Bandar Ke-50 Beijing yang diadakan baru-baru ini, harga barang makanan seperti bahan makanan, minyak masak, daging dan telur meningkat di bandar Beijing pada separuh tahun pertama tahun ini, pembayaran bulanan perkapita meningkat 13.92 Yuan RMB berbanding dengan tahun lalu; bertambah pula bayaran air, elektrik, perubatan dan harga tiket komunikasi meningkat, ini menjejaskan dalam tahap yang tertentu taraf kehidupan penduduk yang pendapatannya rendah.
Di samping itu, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Bandar Beijing, KDNK di kawasan bandar Beijing meningkat 10.7% pada tahun 2003; gaji purata pekerja di bandar Beijing berjumlah 24 ribu 45 Yuan RMB, meningkat 16%; pendapatan purata penduduk bandar dan pekan berjumlah 13 ribu 882.6 Yuan RMB, meningkat 11.4%. Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyediakan asas bagi kerajaan bandar Beijing menyusun semula standard layanan berkaitan kumpulan penduduk yang pendapatannya rendah. Sehubungan dengan itu, bukan sahaja mempertimbangkan kesan kenaikan harga barang kegunaan harian terhadap kehidupan kumpulan penduduk yang pendapatan rendah, tetapi juga mempertimbangkan keupayaan badan kewangan, tabung insurans sosial dan badan kerajaan dan perusahaan, kerajaan bandar Beijing menetapkan menyusun semula standard 6 perkara termasuk jaminan taraf kehidupan minimum penduduk bandar dan gaji yang paling rendah pekerja.
Standard jaminan taraf kehidupan minimum penduduk bandar ialah 290 Yuan RMB perkapita bulan. Angka itu akan ditingkatkan secara menyediakan bantuan klasifikasi dan melengkapi dasar bantuan khas pada tahun ini.
Standard gaji yang paling rendah pekerja akan ditingkatkan 3.26 Yuan RMB sejam daripada 2.96 Yuan RMB.
Standard insurans pengangguran meningkat kepada 347- 446 Yuan daripada 326-419 Yuan.
Pencen pekerja yang bersara dalam perusahaan akan meningkat 70 Yuan setiap bulan.
Menurut maklumat, peruntukan yang diperlukan untuk menyusun semula standard jaminan taraf kehidupan minimum penduduk bandar Beijing akan ditanggungjawab oleh badan kewangan, tabung insurans sosial dan badan kerajaan dan perusahaan.
----Ching
|