Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-30 13:55:49    
Sidang ke-37 Menteri Luar ASEAN Diadakan di Jakarta

cri

Wartawan CRI melaporkan bahawa Sidang ke-37 Menteri Luar ASEAN dirasmikan di Jakarta hari ini. Menteri Luar dari 10 negara anggota ASEAN telah menyertai sidang tersebut.

Presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri menyampaikan ucapan dalam upacara perasmian sidang kali ini.

Difahamkan, tema sidang kali ini ialah "Integrasi ASEAN: kesatuan yang makmur, saling membantu dan damai." Para Menteri Luar akan bertukar-tukar pendapat tentang kerjasama politik dan keselamatan, antikeganasan, meningkatkan pengaruh ASEAN di peringkat antarabangsa. Mereka akan membahaskan rancangan menubuhkan komuniti keselamatan ASEAN serta bertukar-tukar pendapat tentang situasi terkini di Iraq, situasi Timur Tengah dan masalah antarabangsa dan kawasan lain yang menjadi perhatian bersama.

Menteri Luar Indonesia, Dr.Hassan Wirayuda  merasmikan upacara perasmian sidang itu.

Selepas Sidang Menteri Luar tersebut, ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan akan mengadakan Sidang Menteri Luar, Sidang Forum ASEAN serta sidang ASEAN dengan negara rakan dialog.