|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Perdana Menteri China, Huang Ju semalam di Beijing menyatakan bahawa kerajaan China mengutamakan peranan teras yang dimainkan oleh sektor kewangan dalam ekonomi negara, mengutamakan peranan industri perbankan dalam usaha perkembangan ekonomi.
Huang Ju berkata, China akan terus menimba pengalaman pelbagai negara dalam bidang pemantauan dan pengawalan terhadap sektor perbankan, mendengar dengan teliti cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Penasihat Antarabangsa, berusaha menentukan cara pemantauan dan kawalan industri perbankan yang sesuai dengan keadaan China dan kelaziman antarabangsa.
|