Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-01 10:33:05    
China Sedia Tingkatkan Kerjasama dengan Pelbagai Negara dalam Bidang Teknologi Maklumat

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Perdana Menteri China, Wen Jiabao semalam di Beijing menyatakan bahawa China bersedia meningkatkan kerjasama dengan pelbagai negara dalam bidang teknologi maklumat.

Wen Jiabao ketika menemui Presiden Syarikat Microsoft A.S., Bill Gates semalam berkata China telah menetapkan strategi perindustrian baru yang mengutamakan teknologi maklumat. Demi mendorong perkembangan industri maklumat, China mengekalkan dasar pintu terbuka dan bersedia meningkatkan kerjasama dengan pelbagai negara dalam bidang itu. China mengalu-alukan Syarikat Microsoft dan perusahaan terkenal dunia yang lain melabur di China dan mendorong perkembangan industri perisian dan maklumat China bersama rakan kerjasama mereka di China.

Bill Gates berkata Syarikat Microsoft akan terus bekerjasama dengan pihak China untuk mencapai kejayaan bersama.