Menurut Agensi Berita Xinhua China, kerajaan Singapura menyatakan alu-aluan terhadap cadangan yang dikemukakan oleh Indonesia tentang menubuhkan pasukan peronda di Selat Melaka bersama-sama Singapura dan Malaysia.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Singapura menyatakan perondaan yang dijalankan bersama oleh ketiga-tiga negara itu akan berfaedah bagi menjamin keselamatan di selat Melaka.
Di samping itu, Menteri Pertahanan Singapura, Teo Chee Hean baru-baru ini menyatakan pertubuhan maritim antarabangsa serta pertubuhan perkapalan pelbagai negara juga dapat memberi bantuan menyediakan maklumat dalam usaha memelihara keselamatan perkapalan di selat itu.
|