Menurut berita CRI, Sidang Menteri Luar ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10 campur 3) telah diadakan di Jakarta, hari ini. Isu kerjasama antara ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan serta situasi serantau dan antarabangsa telah dibincangkan dalam sidang itu.
Menteri Luar China, Li Zhaoxing telah menghadiri sidang itu dan menegaskan bahawa meningkatkan kerjasama serantau merupakan usaha penting China untuk menguruskan hubungan dengan negara jiran, kerajaan China giat menyokong dan menyertai kerjasama serantau.
Li Zhaoxing juga mengemukakan pelbagai cadangan tentang meningkatkan kerjasama "10 campur 3" pada masa akan datang.
|