Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-01 15:00:23    
Menteri Luar ASEAN Tegaskan Janji Penubuhan Komuniti ASEAN

CRI
Sidang Menteri Luar ASEAN ke-37 telah mengeluarkan kenyataan bersama di Jakarta semalam. Dalam kenyataan itu, para Menteri Luar ASEAN telah menegaskan janji untuk menubuhkan komuniti ASEAN pada tahun 2020, mereka berpuas hati dengan kemajuan ASEAN dari segi komuniti keselamatan dan berpendapat bahawa komuniti keselamatan ASEAN akan meningkatkan keupayaan ASEAN untuk menghadapi cabaran keselamatan tradisional dan bukan tradisional.

Pengerusi Sidang Menteri Luar kali ini, yang juga Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirayuda dalam upacara penutup malam semalam berkata, para Menteri Luar ASEAN bersetuju untuk melaksanakan "saranan integrasi ASEAN", berusaha menubuhkan komuniti ASEAN pada tahun 2020. Beliau berkata, "ASEAN mesti menjadi lebih kuat untuk menghadapi cabaran. Kami memutuskan untuk menjadikan pertubuhan ASEAN sebagai komuniti ASEAN."

Hassan Wirayuda berkata, para Menteri Luar ASEAN dalam sidang itu telah membincangkan rancangan operasi komuniti keselamatan ASEAN serta rancangan operasi komuniti sosial dan budaya ASEAN dan akan mengemukakan rancangan itu dalam Sidang Kemuncak ASEAN pada November tahun ini supaya dibincangkan dan diluluskan oleh pemimpin ASEAN.

Beliau menambah, Jepun dan Pakistan akan menganggotai perjanjian kerjasama dan persahabatan pada 2 Julai tahun ini, manakala Rusia dan Australia juga akan menandatangani Perisytiharan Antikeganasan dengan ASEAN.

Dalam kenyataan sidang tersebut dinyatakan, Menteri Luar ASEAN telah membincangkan masalah kerjasama politik ASEAN dan menetapkan prinsip iaitu tidak campur tangan dalam hal-ehwal negara lain.

Negara ASEAN mengutuk keganasan dan berazam meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang antikeganasan.