Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-01 15:24:25    
Warga Singapura di Suzhou

CRI
Semasa Zon Industri Suzhou China baru ditubuhkan, Encik Wu Duoshen dari Singapura bersama-sama isterinya tiba di Suzhou untuk bertugas sebagai Timbalan pengarah Urusan Eksekutif Syarikat Penerokaan Zon Industri Suzhou Bhd. Encik Wu Duoshen masih ingat semasa beliau baru tiba di Suzhou, beliau suka dengan suasana iklim di Suzhou yang sangat nyaman dan penduduknya yang ramah. Sekarang, beliau berasa Suzhou bukan sahaja sangat terbuka dan moden, tetapi juga mempunyai suasana budaya yang bersejarah.

Pada tahun 1994, China dan Singapura telah bekerjasama menubuhkan Zon Industri Suzhou, ramai warga Singapura sudah bekerja di Suzhou. Selama 10 tahun, mereka sangat cinta akan Suzhou. "Persatuan Singapura-Suzhou" yang dianggotai oleh beberapa ratus orang telah ditubuhkan, Universiti Suzhou telah menyediakan pusat penyelidikan Singapura di bandar tersebut.

Dalam tempoh hampir 10 tahun di Suzhou, Wu Duoshen telah melakukan banyak kerja yang berkesan untuk pembangunan dan penerokaan Zon Industri Suzhou dan meningkatkan kerjasama China-Singapura. Pada tahun 1996, beliau mula menangani hal-ehwal Sekolah Antarabangsa Suzhou-Singapura dan menyandang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran sekolah tersebut. Sekarang terdapat lebih kurang 530 pelajar dari 20 negara dan kawasan belajar di sekolah antarabangsa tersebut.

Encik Wu Duoshen menyatakan, beliau sudah dapat merasai perubahan yang besar berlaku di Bandar Suzhou. Beliau berkata, "Semasa baru tiba di Suzhou, agak sukar membeli barangan di sini, banyak barang-barang tidak terdapat di pasaran, tetapi sekarang, semua barang-barang itu boleh dibeli di Suzhou." Selain itu, kehidupan penduduk Suzhou telah mengalami perubahan yang besar, dulu, rumah untuk satu keluarga 3 orang hanya seluas lebih 30 meter persegi, tetapi sekarang, terdapat ramai penduduk Suzhou memiliki rumah besar dan cantik.

Encik Wu Duoshen sudah mencintai Suzhou, beliau mendapat banyak penghormatan, antara yang paling istimewa ialah anugerah "Penduduk Kehormat Suzhou". Tidak lama dahulu, Wu Duoshen telah dilantik menjadi pengarah urusan sebuah syarikat Singapura di Shanghai China, tetapi beliau menyatakan, akan terus menetap di Zon Industri Suzhou.

Akauntan Syarikat Penerokaan Zon Industri Suzhou China-Singapura Zheng Baocai tiba di Suzhou pada Jun 2002. sekarang, isteri dan 2 anak perempuannya juga tinggal di kawasan Zon Industri Suzhou. Beliau menyatakan, semasa baru tiba di Suzhou, beliau berasa sangat selesa bertugas di sini seperti berada di kampung halamannya sendiri di Singapura.

Beliau berkata, "Pemandangan Suzhou dan Singapura berbeza, Singapura merupakan negara bandar, tetapi di kawasan pinggir Suzhou terdapat pemandangan alam sekitar yang indah, pemandangan itu paling menarik saya." Encik Zheng Baocai berkata, setiap hujung minggu, beliau membawa ahli keluarganya makan angin di kawasan Tasik Taihu, selain makan angin, juga boleh menikmati teh China, memetik buah-buahan dan menikmati pemandangan alam yang sangat indah.

Zheng Baocai baru bertugas di Suzhou selama 2 tahun, beliau sibuk bekerja pada hari biasa, tetapi beliau suka bertemu dengan kawan-kawannya kalau ada masa lapang. Di Suzhou terdapat satu "Persatuan Singapura-Suzhou" yang menyediakan arena yang baik untuk mereka bertemu. Persatuan itu sekarang mempunyai lebih 200 orang anggota dan menganjurkan satu aktiviti setiap bulan. Melalui persatuan itu, Zheng Baocai selain mengenali ramai kawan di Suzhou, juga mempunyai kawan dari A.S.,Jepun dan Republik Korea.

Pada pandangan Zheng Baocai, budi bahasa penduduk Suzhou sangat baik dan suka bekerjasama. Ini boleh dibuktikan dengan barang pertukangan tangan yang terkenal di Suzhou, iaitu sulaman. Setiap kali Zheng Baocai pulang ke Singapura, beliau mesti membawa pulang beberapa buah sulaman Suzhou untuk dihadiahkan kepada kawan-kawannya, beliau sendiri juga memiliki koleksi sulaman Suzhou.

Setelah melanjutkan kontrak kerjanya selama dua tahun lagi di Suzhou tidak lama dahulu, beliau menyatakan, kali pertama beliau sampai di China dengan memijak kakinya di Suzhou, beliau menggunakan peluang ini mengetahui Suzhou dan China dengan lebih mendalam dan mengenali lebih ramai kawan. Beliau berkata, "Saya dan semua ahli keluarga saya suka tinggal di Suzhou".

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura Lee Hsien Loong semasa melawat China pada Mei lepas selain mengadakan pertemuan dengan pemimpin China, juga menghadiri sidang ke-7 Majlis Penyelarasan Bersama China-Singapura di Zon Industri Suzhou, untuk meningkatkan hubungan kerjasama bersahabat. Lee Hsien Loong menegaskan, seiring dengan pembangunan yang mantap di China, rakyat Singapura harus belajar daripada rakyat China. Suzhou boleh menjadi salah satu jendela kepada rakyat Singapura untuk mengetahui China, dan juga boleh menjadi jambatan kepada usahawan Singapura untuk berdagang di pasaran China. Misalnya, antara 150 orang pemuda Singapura yang dihantar ke China dalam rancangan latihan Biasiswa Perdagangan Asian, terdapat 18 peserta telah dihantar ke Suzhou.

----Andika