Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-01 15:44:06    
Michael Johnson Sampaikan Ceramah kepada Jurulatih China

CRI
Atlet lari pecut terkenal A.S., Michael Johnson baru-baru ini telah melawat Beijing, China. Beliau telah bertukar-tukar pendapat dengan jurulatih dan atlet China serta menyampakan ceramah selama lima hari kepada mereka.

Atlet lari pecut A.S., Michael Johnson merupakan atlet yang sangat unggul di arena antarabangsa. Walaupun beliau sudah bersara selepas Sukan Olimpik Sydney 2000, tetapi rekod dunia yang diciptanya dalam acara lari 200 meter lelaki dan lari 400 meter lelaki masih belum diperbaharui sehingga kini. Selain bakat, Johnson juga mempunyai cara latihan teknik dan fizikal yang baik. Beliau telah mendapat lima pingat emas Sukan Olimpik. Atas undangan pihak China beliau telah bertukar-tukar pendapat dengan para jurulatih dan atlet China di Beijing. Johnson juga telah menjalankan latihan selama lima hari bersama mereka.

Dalam stadium Johnson memberi ceramah itu, ramai jurulatih China mendengar ceramah tersebut dengan teliti. Beberapa orang atlet olahraga juga membuat gerakan menurut arahan Johnson. Melalui ceramah itu para jurulatih dan atlet dapat memahami teknik yang diajar oleh beliau dengan mudah.

Dalam ceramah selama lima hari itu, Johnson telah bertukar-tukar pendapat dengan atlet dan jurulatih China, bagaimana meningkatkan prestasi seseorang atlet dan juga latihan persiapan sebelum pertandingan. Penerangan beliau yang kaya dengan pengalaman telah memberi manfaat kepada para jurulatih dan atlet China. Ketua Jurulatih Pasukan Olahraga China, Feng Shuyong sebagai penterjemah Johnson, juga memperoleh banyak pengalaman. Feng Shuyong berkata,

"Saya berpendapat bahawa banyak konsep dan teknik latihan kita agak mundur. Kami menjemput Johnson memberi ceramah untuk menimba pengalaman dari segi teknik, cara latihan, bagaimana membuat persiapan bagi menyertai perlumbaan, bagaimana mempersiapkan diri dari sgi mental ataupun fizikal. Jurulatih kita boleh menerima banyak konsep baru."

Johnson dalam ceramahnya menegaskan konsep latihannya iaitu kejayaan adalah gabungan penyelarasan ketelitian dengan latihan. Ertinya atlet mesti membuat setiap gerakan dengan bersungguh-sungguh dan melaksanakan program latihan dengan teliti. Feng Shuyong berpendapat, para jurulatih menyedari bahawa tiada rahsia dalam latihan lari pecut. Kita mesti mencontohi konsep moden Johnson. "Teliti, ketat dan berterusan" yang ditegaskan oleh Johnson diabaikan oleh para jurulatih China pada masa dahulu.

Pengerusi Persatuan Olahraga China, Luo Chaoyi berkata, jurang perbezaan olahraga antara China dengan negara maju amat besar, taraf olahraga China tidak boleh meningkat melalui ceramah Johnson yang hanya selama lima hari sahaja. Tetapi beliau berpendapat, ceramah Johnson boleh membantu jurulatih China memahami banyak konsep baru. Luo Chaoyi berkata,

"Taraf olahraga China agak rendah. Acara lari pecut negara kita lebih mundur daripada acara jalan kaki, lompat dan lontar. Melalui ceramah Johnson kali ini, para jurulatih China boleh meningkatkan taraf olahraga kita dengan cara latihan dan konsep baru."

(Michael Johnson dengan Liu Xiang, atlet lari pecut lelaki terkenal China.)

Luo Chaoyi menyatakan, lawatan Johnson ke China kali ini telah mengubah konsep latihan para jurulatih China. Pihak olahraga China akan terus menjemput jurulatih dan atlet asing yang terkenal menyampaikan ceramah di China. Di samping itu, mereka juga akan menghantar jurulatih dan atlet China belajar di luar negara. China kekurangan jurulatih profesional khususnya dalam acara lari, jalan kaki, lontar dan lompak. Beliau berharap dapat melatih jurulatih muda yang berkeupayaan di China, meningkatkan taraf olahraga China dengan menyeluruh dan meningkatkan daya saing China di arena antarabangsa.

----Wang Jin