Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-01 10:45:58    
Sidang Menteri Luar ASEAN Ke-37 Ditutup

CRI
Wartawan CRI melaporkan, Sidang Menteri Luar ASEAN Ke-37 selama sehari ditutup di Jakarta semalam.

Daiam sidang itu semua anggota negara ASEAN dengan tegas mengutuk segala kegiatan keganasan, menegaskan sekali lagi akan mempererat kerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memberantas keganasan dan akan terus mengembangkan hubungan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan dalam rangka "sepuluh campur tiga", mendorong proses kerjasama di kawasan Asia Timur, dan akan menyokong cadangan menyelenggarakan Sidang Kemuncak Asia Timur pada waktu yang sesuai.

Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri menyatakan dalam sidang itu bahawa semua anggota ASEAN telah menetapkan matlamat menubuhkan Kesatuan Keselamatan ASEAN dan Pasukan Pengamanan Serantau, tetapi ini tidak bererti ASEAN akan menjadi persekutuan ketentaraan.

Selepas sidang itu juga diadakan Sidang Menteri Luar ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan serta Sidang ASEAN dengan Negara Rakan Dialog.