Menurut berita CRI: Jurucakap Kementerian Luar Rusia Alexander Yakovenko semalam menyatakan, usaha Pertubuhan Kerjasama Shanghai meningkatkan kerjasama dengan ASEAN akan bermanfaat bagi keselamatan dan kestabilan serantau.
Demikian dinyatakan oleh Alexander Yakovenko semasa memperkatakan sidang "ASEAN + 10" dan sidang forum Keselamatan Rantau ASEAN. Beliau mengatakan, Rusia menganggap sidang tersebut sangat penting, dan akan melantik delegasi yang diketuai Menteri Luar Sergei Lavrov menghadiri persidangan itu.
Yakovenko menegaskan, dasar Rusia terhadap Asia tidak akan berubah.
|