Menurut berita CRI, Naib Pengerusi Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China, Encik Zhang Zhou hari ini di Beijing menyatakan daya menarik pelabur asing melabur di Xinjiang semakin meningkat dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu, setakat ini, Xinjiang telah menarik pelaburan asing sebanyak 18 bilion Dolar Amerika.
Dimaklumkan, kerajaan Xinjiang telah mengadakan Ekspo Ekonomi dan Perdagangan Luar di Urumqi sebanyak 12 kali pada September setiap tahun untuk menarik pelaburan. Ekspo itu telah menyediakan peluang yang baik demi usaha ekonomi dan perdagangan antara China dengan negara Asia dan Eropah Timur.
|