Menteri Penerangan China Liu Yunshan dalam Sidang Kebangsaan tentang "Membanteras tindakan yang lucah dan haram" menerusi siaran TV dan perkhidmatan telefon yang diadakan baru-baru ini menegaskan, pegawai berkaitan harus menyedari dengan penuh penting dan kecemasannya meningkatkan dan melengkapi pembangunan moral terhadap remaja, terus melaksanakan pembanterasan terhadap tindakan yang lucah dan haram, membanteras aktiviti penerbitan dan penjualan haram yang menjejaskan kesihatan mental remaja dan menyediakan iklim kebudayaan yang baik bagi remaja membesar.
Kumpulan Kerja Kebangsaan "Membanteras tindakan yang lucah dan haram" mengadakan Sidang Kerja Kebangsaan "Membanteras tindakan yang lucah dan haram" ke-17 menerusi TV dan telefon untuk melaksanakan semangat dalam "Cadangan tentang Meningkatkan dan Melengkapi Pembangunan Moral Remaja" yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Dewan Negara dan mengaturkan kerja kawalan khas. Pegawai–pegawai dari Pejabat Kebangsaan "Membanteras tindakan yang lucah dan haram", badan keselamatan awam, kastam, pendidikan serta pegawai kerajaan tempatan di Beijing dan Provinsi Hunan telah menyampaikan ucapan dalam sidang itu.
Dalam sidang itu?para peserta berpendapat, pada tahun-tahun kebelakangan ini, usaha "Membanteras tindakan yang lucah dan haram" telah mencapai kejayaan berperingkat, akan tetapi iklim yang kurang baik dan faktor negatif yang menjejaskan kesihatan mental remaja tetap wujud. Sehubungan dengan itu, kawalan "Membanteras tindakan yang lucah dan haram" harus dilaksanakan untuk membersihkan iklim tumbuh membesar remaja. Badan berkaitan harus berusaha untuk memperbaiki suasana kebudayaan yang kacau di sekitar kampus, kawalan yang kurang kesan di siber kafe dan tempat urus niaga permainan elektronik, menyelesaikan masalah penjualan bahan bacaan lucah dan perisian permaianan yang tidak bermanfaat bagi kesihatan mental remaja dan mencegah dengan berkesan bahan bacaan pengajaran yang cetak rompak. Standard import barangan kebudayaan mental khususnya barangan kebudayaan remaja harus ditetapkan dengan saintifik, mencagah pengimportan barangan kebudayaan yang menjejaskan kesihatan mental dari luar negara.
Liu Yunshan dalam ucapannya menyatakan, pelaksanaan usaha "Membanteras tindakan yang lucah dan haram" merupakan cara penting untuk mendorong pembangunan moral remaja. Pimpinan harus ditingkatkan, sejumlah buku bacaan yang baik harus di terbitkan, perisian permaian yang isi kandungannya sihat harus diteroka untuk membimbing para remaja menjauhkan diri daripada bahan terbitan yang haram agar tumbuh membesar secara sihat.
----Ching
|