Setelah "Undang-undang Izin Pentadbiran Republik Rakyat China" dikuatkuasakan semalam, ramai penduduk awam berkumpul di lapangan di depan pintu bangunan kerajaan bandar Guangzhou untuk menanya tentang peraturan undnag-undang itu. Pusat menjawab pertanyaan telah ditempatkan oleh 14 badan kerajaan seperti Pejabat Kawalan Perundangan Kerajaan Guangzhou, Jawatankuasa Pembangunan Guangzhou, Biro Keselamatan Awam Guangzhou dan lain-lain di lapangan itu untuk menjawab pertanyaan penduduk awam.
Seorang penduduk memberitahu wartawan, pada masa dahulu, kebanyakan berpendapat undang-undang digubal untuk kerja badan kerajaan. Setelah mendapat makluman dari pihak media, para penduduk baru mengetahui "Undang-undang Izin Pentadbiran" digubal untuk memudahkan penduduk awam menguruskan urusan. Setelah undang-undang itu dilaksanakan, penduduk awam tidak payah mengalami kesukaran untuk mendapat pengesahan.
Pada masa lalu di provinsi Guangdong, satu kumpulan pekerja yang bersara ingin membentuk satu Gabungan Bantuan Kemiskinan, akan tetapi pertubuhan itu dibentuk setelah mereka mendapat pengesahan dari 41 badan kerajaan. Pengesahan pentadbiran terlalu rumit menghalangi pertumbuhan ekonomi dan menjejaskan hak penduduk awam. Setelah "Undang-undang Izin Pentadbiran Republik Rakyat China" diumumkan pada 11 bulan lalu, badan kerajaan berkaitan di seluruh negara mulai membatalkan peraturan pengesahan pentadbiran. Badan kerajaan bandar Guangzhou membatalkan sebanyak 273 peraturan pada tahun 2003 dan membatalkan 72 peraturan pengesahan pentadbiran pada bulan Mei tahun ini. Dalam Sidang ke-9 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangzhou ke-12 yang diadakan pada 15 Jun lalu, 68 peraturan dibatalkan lagi.
Peraturan pengesahan pentadbiran yang dibatalkan tersebut diklasifikasikan ke dalam 6 bidang termasuk keselamatan awam dan hal ehwal awam, kewangan dan ekonomi, pembinaan bandar dan desa dan perlindungan alam sekitar, isu desa dan pertanian, pendidikan, sains, kebudayaan dan kesihatan dan lain-lain yang melibatkan pelbagai bidang dalam kehidupan penduduk awam.
Wartawan mendapati, ramai penduduk telah memperoleh risalah dan bahan bacaan tentang "Undang-undang Izin Pentadbiran" dan "Beberapa Peraturan tentang pelaksanaan "Undang-undang Izin Pentadbiran Republik Rakyat China" di bandar Guangzhou". Mereka membaca dengan teliti dan menanya soalan tentang isu "warganegara boleh mengemukakan dakwaan di sisi undang-undang" dan "Sidang Pendengaran". "Undang-undang Izin Pentadbiran" memberi lebih banyak hak penyertaan kepada warganegara China.
----Ching
|