Wartawan CRI melaporkan, Menteri Luar China Li Zhaoxing semalam menghadiri Sidang Tidak Rasmi ASEAN dengan Negara Rakan Dialog di Jakarta, Indonesia.
Sidang itu ditutup semalam. Dalam sidang itu para Menteri Luar negara anggato ASEAN tuan bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai masalah penting seperti Komuniti ASEAN sedang dicadangkan, hubungan dengan Kumpulan Lapan, situasi Iraq, konflik Timur Tengah, kerjasama antarabangsa membanteras keganasan dan masalah-masalah yang lain. Menteri Luar dari pelbagai negara menyokong penubuhan Komuniti ASEAN, dan berpendapat penubuhan pertubuhan itu akan bermanfaat untuk perdamaian, kestabilan dan kemakmuran rantau Asia Tenggara.
Pada pagi hari yang sama, Li Zhaoxing mengunjungi Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri. Megawati menyatakan Indonesia amat menghargai persahabatan dengan China, dan bersetia mempererat kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang seperti ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga dan lain-lain.
Pada hari yang sama, Sidang Menteri Luar ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan(sepuluh campur tiga) Ke-5 juga ditutup di Jakarta. Para Menteri Luar bertukar-tukar pendapat tentang masalah-masalah serantau dan antarabangsa yang lain, khususnya tentang masalah semenanjung Korea.
|