Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-02 13:30:58    
Perusahaan Bahan Galian Kaunti Qingyang Provinsi Anhui China Mengekalkan Pertumbuhan Ekonomi

cri
Gunung Jiuhua terletak di Kaunti Qingyang provinsi Anhui di bahagian timur China. Ia disenaraikan sebagai salah sebuah gunung agama Buddha China, yang juga dikenali sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di dunia.

Menyentuh tentang prosedur perlindungan alam sekitar di kawasan destinasi pelancongan, Naib Ketua Kaunti Qingyang, Encik Yeh Lihua berkata bahawa kerajaan kaunti Qingyang sedang giat menjana pertumbuhan ekonomi di kawasan itu secara besar-besaran. Kaunti itu akan dijadikan destinasi pelancongan yang terkenal dan perlindungan ekologi alam sekitar di kawasna itu akan diberikan perhatian serius.

Pegawai itu berkata, di kaunti Qingyang bukan sahaja terdapat banyak sumber pelancongan malah kaya dengan sumber bahan galian. Lebih 50 jenis bahan galian telah ditemui di kawasan itu sejak tahun 1990-an. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, penerokaan sumber bahan galian telah meningkatkan ekonomi utama di kaunti Qingyang.

Kerajaan Qingyang telah menyusun semula penerokaan bahan galian di kawasan itu untuk melindungi destinasi pelancongan tempatan. Naib ketua kaunti Qingyang encik Yeh Lihua telah memaklumkan program penyusunan semula penerokaan bahan galian di kaunti itu untuk melindungi destinasi pelancongan sejak tahun 2001. Naib ketua kaunti Qingyang encik Yeh Lihua berkata bahawa pada separuh tahun pertama tahun ini, kami memutuskan untuk menutup 76 buah lombong terbuka yang terletak di kawasan pelancongan yang penting. Tugas itu terlalu berat dan juga menjejaskan kepentingan perusahaan kecil.

Dimaklumkan bahawa kumpulan pengawasan dan penyelian seharian lombong telah ditubuhkan di kaunti Qingyang untuk mengintensifkan pemeriksaan terhadap lombong kaunti galian, perusahaan akan beroperasi menurut cadangan yang ditetapkan, memeriksa dengan teliti jika terdapat peraturan yang tidak dipatuhi.

Tindakan kerajaan Qingyang mendapat sokongan positif penduduk tempatan. Kebanyakan majikan perusahaan kecil ditutup perniagaannya menyatakan rasa puas hati terhadap penyusunan semula lombong bahan galian walaupun mereka menghadapi banyak kerugian. Seorang usahawan kampung Nanyang, encik Chen Xuedong berkata bahawa saya sudah mengusahakan lombong selama lebih tiga tahun, kini lombong tersebut telah ditutup. Walaupun kepentingan perseorangan telah diketapkan, akan tetapi, kami memberi sokongan terhadap penerokaan yang munasabah dengan penggunaan yang berkesan terhadap sumber bahan galian dan perlindungan alam sekitar.

Kerajaan kaunti Qingyang telah dapat pembangunan dengan lebih efektil menyebabkan pertumbuhan ekonomi dan ekologi alam sekitarnya telah dapat diperbaiki secara berterusan.

Bahagian perdagangan luar kaunti Qingyang pada tahun 1989 telah membekalkan bahan mentah batu kapur kepada syarikat Imerys Perancis. Syarikat Imerys telah melabur di kauntuk Qingyang pada tahun 2001 dan menyediakan peruntukan sebanyak 500 ribu dolar Amerika pada tahun 2003 untuk membangunkan tiga lombong di kawasan itu supaya kemampuan pengeluaran tahunannya meningkat 70 ribu tan.

Sejumlah perusahaan Taiwan, Hong Kong dan Tanah besar melabur dan mengadakan perdagangan di kauntuk Qingyang seperti syarikat Imesys, Pembangunan perusahaan bahan galian kaunti Qingyang menjadi lebih standard dan selaras dengan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan alam sekitar di kawasan itu.

----Huiling