Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-02 13:31:59    
Sidang Menteri Luar ASEAN diadakan di Jakarta

CRI
Wartawan CRI melaporkan, Setelah Sidang Menteri Luar ASEAN yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 30 Jun, Sidang Menteri Luar ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan(sepuluh campur tiga) serta Sidang Tidak Rasmi ASEAN dengan Negara Rakan Dialog juga turut diadakan di Jakarta.

Sidang Menteri Luar ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan telah mengadakan perbincangan yang mendalam tentang kerejasama pembangunan ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan serta situasi serantau dan antarabangsa sekarang, khususnya masalah semenanjung Korea.

Dalam sidang itu para Menteri Luar negara anggato ASEAN tuan bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai masalah penting seperti Komuniti ASEAN sedang dicadangkan, hubungan dengan Kumpulan Lapan, situasi Iraq, konflik Timur Tengah, kerjasama antarabangsa membanteras keganasan dan masalah-masalah yang lain. Menteri Luar dari pelbagai negara menyokong penubuhan Komuniti ASEAN.

Menteri Luar China Li Zhaoxing menegaskan dalam sidang itu bahawa mempererat kerjasama di serantau ini merupakan perkara yang penting dalam dasar luar China dengan negara-negara jiran. Kerajaan China akan menyokong dan secara aktif menyertai kerjasama di rantau ini untuk berkembang bersama-sama.