Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-02 15:54:57    
China Tunaikan Janji Menganggotai WTO Lebih Awal dalam Bidang Luaskan Hak Perdagangan Luar

cri
Wartawan CRI melaporkan berdasarkan berita dalam laman web Kementerian Perdagangan China, Undang-undang Perdagangan Luar yang sudah dipinda telah berkuatkuasa semalam. Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Chong Quan menyatakan, ini menandakan China sudah menunaikan janjinya semasa menganggotai WTO lebih awal dalam bidang meluaskan hak perdagangan luar.

Chong Quan berkata, undang-undang tersebut telah menambah banyak kandungan baru, misalnya sistem pengesahan hak pengelolaan perdagangan diubah sebagai sistem pendaftaran, menambah kandungan perlindungan hak cipta intelek melibatkan perdagangan luar dan peninjauan perdagangan luar, menambah dan menyempurnakan fasal tentang bantuan perdagangan luar dan lain-lain.