Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-04 15:50:42    
China Rupakan Negara yang Terima Pelaburan Asing Paling Banyak

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, baru-baru ini, Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mengeluarkan laporan yang berkata, pada tahun 2003, China telah menerima pelaburan asing sebanyak 53 bilion dolar A.S., buat kali pertama menjadi negara yang paling banyak menerima pelaburan asing di dunia.

Laporan itu berbunyi, pada tahun 2003, pelaburan asing yang diterima oleh A.S. mencatat 39.9 bilion dolar Amerika, telah menurun 45% berbanding dengan 72.4 bilion dolar Amerika pada tahun 2002.

Antara negara maju yang lain, pada tahun 2003, German, Britain, Perancis dan Jepun masing-masing menerima pelaburan asing yang mencatat 12.9 bilion dolar Amerika, 14.6 bilion dolar Amerika, 47 bilion dolar Amerika dan 6.3 bilion dolar Amerika, angka itu telah menurun berbanding tahun yang lalu.