Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-05 12:38:03    
Kerajaan China Berusaha Sediakan Peluang Kerja kepada 2.8 Juta Siswazah

CRI
Pada tahun ini, siswazah China berjumlah 2.8 juta orang, meningkat 30% ke atas berbanding tahun lalu. Ini merupakan cabaran besar yang dihadapi oleh kerajaan China yang sentiasa mengalami kesukaran menyediakan peluang kerja kepada penganggur. Kementerian Pendidikan China dan pelbagai institusi pengajian tinggi menumpukan perhatian terhadap isu itu dan mengambil pelbagai tindakan untuk menyediakan peluang kerja kepada siswazah.

Wang Shuheng ialah graduan institusi pengajian tinggi profesional mesin dan elektrik Provinsi Henan di bahagian tengah China. Beliau telah menandatangani kontrak untuk bekerja dengan Syarikat Kenderaan Chery Berhad—perusahaan kenderaan yang terkenal di China pada bulan Disember tahun lalu. Setelah menamatkan pengajian pada bulan Julai tahun ini, beliau akan bertugas di bahagian penjualan di syarikat itu. Beliau amat berpuas hati terhadap kerja itu. Beliau berkata,

"Saya berpendapat kerja ini baik kerana saya berminat terhadap kerja itu dan syarikat itu juga berpuas hati terhadap kerja saya. Saya berasa prospek perkembangan saya besar di syarikat itu."

Wang Shuheng memberitahu wartawan, kerjanya disediakan oleh Pusat Pimpinan Sediakan Kerja di institusinya. Pusat Pimpinan Sediakan Kerja ditubuhkan di pelbagai institusi pengajian tinggi pada tahun-tahun kebelakangan ini. Tugas pusat itu adalah untuk membantu siswazah mencari kerja. Pusat Pimpinan Sediakan Kerja menjalin hubungan dengan sejumlah besar badan kerajaan dan perusahaan, mendapat maklumat tentang peluang kerja pada bila-bila masa dan sediakan maklumat tersebut kepada para pelajar di pusat pengajian tinggi. Pusat Pimpinan Sediakan Kerja juga bertanggungjawab menyelaraskan hubungan antara badan yang memerlukan pekerja dengan pelajar dan menyediakan latihan kepada para pelajar tersebut.

Seperti Wang Shuheng, kebanyakan siswazah di institusi itu telah mendapat kerja setakat ini kecuali pelajar yang ingin terus melanjutkan pengajian mereka. Pengarah Pusat Pimpinan Sediakan Kerja institusi itu, Encik Li Zengchen menyatakan,

"Pemimpin institusi kami telah berusaha menyediakan kerja kepada siswazah. Siswazah di institisi kami berjumlah lebih 2300 pada tahun ini, kira-kira 90% antara mereka telah mendapat kerja pada masa ini. Kadar itu hampir sama dengan tahun lalu."

Sebanyak lebih 1000 institusi pengajian tinggi di China amat menumpukan perhatian terhadap usaha menyediakan kerja kepada siswazah. Untuk membantu siswazah mendapat kerja, kumpulan pimpinan sediakan kerja kepada siswazah yang dipertanggungjawabkan oleh presiden universiti telah ditubuhkan di institusi pengajian tinggi seperti Universiti Peking, Universiti Tsinghua dan Universiti Wuhan; kursus latihan teknikal juga diadakan di beberapa universiti untuk meningkatkan keupayaan kerja dan daya saingan para graduan. Di samping itu, Kementerian Pendidikan China dan badan pendidikan di pelbagai tempat juga mengambil tindakan untuk menyediakan kerja kepada siswazah. Naib Ketua Bahagian Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan China Encik Liu Dawei menyatakan,

"Kami menggalakkan siswazah bekerja di bahagian barat China dan tempat lain yang memerlukan tenaga pekerja, menyertai pembangunan di kawasan bahagian barat China dan pangkalan industri lama di bahagian timur laut China serta projek penting seperti perkembangan sistem pendidikan asas dan kesihatan di desa di bahagian barat China."

----Ching