Menurut Agensi Berita Xinhua: setelah projek Empangan Tiga Gaung China menakung air secara rasmi pada 1 Jun tahun lalu, pencemaran air berlaku di beberapa bahagian Sungai Yangtze. Sehubungan dengan itu, China sedang mengambil beberapa tindakan seperti menubuhkan logi rawatan air kumbahan dan tempat pelupusan sampah sarap untuk menjamin kebersihan air dan alam sekitar di kawasan empangan Tiga Gaung itu.
Air kumbahan dan sampah sarap mencemarkan alam sekitar dan air di kawasan empangan Tiga Gaung itu. Pada masa ini, jaringan air paip dan sistem pelupusan sampah sarap sedang disempurnakan di pelbagai tempat untuk meningkatkan kadar rawatan air kumbahan dan pelupusan sampah sarap.
|