Dalam Sidang Pembaharuan Sistem Pengedaran Bahan Makanan China yang berakhir baru-baru ini, kerajaan China Mmbuat keputusan membuka secara menyeluruh pasaran pembelian bahan makanan pada tahun 2004 untuk memperluas pembaharuan sistem pengedaran bahan makanan di China.
Seiring dengan peningkatan pemasaran sector ekonomi di China, pembaharuan sistem pengedaran bahan makanan dan pembaharuan bayaran cukai di desa telah dilaksanakan dengan lebih meluas, tindakan pembukaan pasaran pembelian bahan makanan bukan sahaja bermanfaat bagi meningkatkan produksi dan menjamin bekalan bahan makanan yang mencukupi, tetapi juga amat penting bagi perkembangan dan kestabilan pembaharuan China.
Pelaksanaan pembaharuan terhadap sistem pengedaran bahan makanan dengan lebih meluas bermakna memberi bantuan kewangan kepada kaum tani secara langsung, melonggarkan sekatan pembelian dan harga bahan makanan, membentuk sistem pasaran bahan makanan yang bersepadu, terbuka, berdaya saing dan teratur untuk menjamin kepentingan kaum tani, menggalakkan penglibatan mereka secara aktif, meningkatkan produksi dan menjamin bekalan bahan makanan yang mencukupi.
Bahan makanan di China pernah mengalami kekurangan bekalan dalam jangka masa panjang pada masa lalu, sehubungan dengan itu, kerajaan sentiasa melaksanakan dasar membeli dan menjual bahan makanan secara bersepadu. Jumlah barang pertanian yang harganya ditetapkan oleh kerajaan mencatat 113 dengan nisbah 92.3%. Setelah dasar buka pintu dan pembaharuan dilaksanakan, hubungan bekalan dan permintaan bahan makanan mengalami perubahan besar di China. Keupayaan pengeluaran bahan makanan meningkat dengan pesat.
Pada masa bekalan lebih banyak daripada permintaan, harga bahan makanan rendah, jumlah pengeluaran bahan makanan menurun, pendapatan kaum tani berkurangan, ini menyebabkan keaktifan kaum tani yang menghasilkan bahan makanan terjejas. Sejak tahun 1998, China melaksanakan pembaharuan terhadap sistem pengedaran bahan makanan dan telah mencapai kejayaan. Akan tetapi, kerana saluran bantuan kewangan diutamakan kepada perusahaan bahan makanan milik negara, kaum tani tidak mendapat faedah yang banyak kerana mereka hanya menerima bantuan kewangan secara tidak langsung.
Menurut pakar berkaitan, pelaksanaan pembaharuan sistem pengedaran bahan makanan bukan sahaja membolehkan kaum tani mendapat keuntungan secara langsung apabila harga bahan makanan naik, tetapi juga kerajaan meningkatkan kawalan makro ekonomi terhadap bekalan bahan makanan. Di samping itu, kerajaan akan menyediakan bantuan kewangan kepada kaum tani secara langsung, ini bukan sahaja akan meningkatkan pengurusan penggunaan dana, tetapi juga meningkatkan pendapatan kaum tani.
Untuk mendorong pembaharuan sistem pengedaran bahan makanan, kerajaan akan memperuntukkan 10 bilion Yuan RMB kepada tabung bantuan tersebut untuk menghadapi risiko kekurangan bahan makanan dan membantu kaum tani. Wang bantuan itu akan disediakan kepada kaum tani secara langsung berdasarkan prinsip terbuka, adil dan diseliakan oleh kaum tani sendiri.
Boleh dijangkakan, seiring dengan pelaksanaan pembaharuan sistem pengedaran bahan makanan yang lebih meluas, keupayaan pengeluaran bahan makanan di China akan terus meningkat, pendapatan kaum tani juga akan ditingkatkan. Ini bermanfaat bagi menstabilkan situasi pembaharuan dan perkembangan di China.
----Ching
|