Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-05 12:54:45    
Penanam Bawang Putih di Provinsi Shandong China

CRI
Bawang putih bernilai tinggi, dan bukan sahaja boleh digunakan sebagai perasa yang baik, tetapi juga boleh mencegah penyakit kanser dan penyakit lain. Kehidupan rakyat China tidak terkecuali daripada bawang putih. Sewaktu memasak, penduduk China sering mencampur bawang putih dalam masakan, dan kadang-kadang sambil makan mi sambil makan bawang putih. Di negara asing, bawang putih juga merupakan perasa yang sering digunakan.

Encik Gao Heping, penanam bawang putih di Provinsi Shandong China, memberitahu wartawan CRI bahawa Provinsi Shandong, kampung halamannya menghasilkan banyak bawang putih, dan beliau berjaya menjual hasil tanamannya ke kebanyakan negara termasuk Jepun, A.S. dan negara Eropah. Beliau berkata, "Kaunti Jinxiang, Provinsi Shandong merupakan tempat banyak pengeluar bawang putih yang terkenal di China. Beliau menanam bawang putih di kawasan seluas lebih 30 ribu hektar pada masa ini. Sewaktu tiba di Kaunti Jinxiang, bawang putih kelihatan di merata tempat. Jumlah eksportnya menduduki 70% jumlah keseluruhan eksport bawang putih China."

Encik Gao Heping berkata, Kaunti Jinxiang terletak di kawasan tanah alkari, bahagian barat daya Provinsi Shandong, airnya masin, tetapi bawang putih yang dihasilkan di tempat itu terasa pedas dan manis, bentuknya besar dan kulitnya putih dan tidak mudah pecah. Selain itu, bawang putih Jinxiang kaya dengan pelbagai zat seperti kandungan protein dan vitaminnya lebih banyak daripada bawang putih yang ditanam di tempat lain.

Pada masa ini, negara asing meletakkan syarat yang semakin tinggi terhadap hasil pertanian yang diimportnya, tetapi Kaunti Jinxiang berjaya meningkatkan jumlah eksport bawang putih ke negara asing setiap tahun.

Encik Gao Heping, Pengurus Besar Syarikat Buah-buahan dan Sayur-sayuran Jinshun di Kaunti Jinxiang, menjelaskan bahawa peningaktan eksport itu disebabkan mereka menjalankan pengurusan yang baik. Beliau berkata dengan bangga, "Kami sentiasa menjalankan pengurusan yang teliti di pangkalan penanaman bawang putih di Jinxiang, sentiasa menggunakan baja organik yang tidak mengakibatkan pencemaran. Maka ia sesuai dengan standard makanan di negara yang mengimportnya."

Pengurusan pangkalan bermaksud syarikat menjalinkan hubungan erat dengan para penanam bawang putih, dan menetapkan ladang tanaman mereka sebagai pangkalan syarikat. Pekerja syarikat dan para penanam bersama-sama memelihara pertumbuhan bawang putih. Mereka bersama-sama menentukan bila menanam benih, bila mengemburkan tanah, bila menambah baja, dan pihak syarikat juga mengarahkan pegawai mereka membantu para petani menjalankan kerja itu.

Pada tahun 2003, Kaunti Jinxiang telah mengeksport bawang putih sebanyak kira-kira 300 ribu tan ke Jepun, A.S., negara Kesatuan Eropah, negara Timur Tengah dan lain-lain. Antaranya, sebanyak 15 ribu tan dijual oleh syarikat Encik Gao Heping.

Beliau berkata, "Di Kaunti Jinxiang, rakyat tempatan meningkatkan pendapatan melalui penjualan bawang putih. Jika bernasib baik, para penanam mendapat pendapatan tahunan sebanyak kira-kira 20 ribu yuan RMB."

Encik Wang Chunming, Naib Ketua Korporat Bandar Jining yang mentadbir kaunti Jinxiang, berkata, "Pada masa ini, bandar Jining menghasilkan bawang putih, bawang merah dan sayur-sayuran di Kaunti Jinxiang, Selain itu, mereka juga mengusahakan ternakan air di Tasik Weishan dan mengeluarkan telur, daging itik dan ikan. Syarikat kami berjaya mengetuai petani tempatan melaksanakan pembangunan, misalnya mengeksport bawang putih Jinxiang ke pasaran antarabangsa."

----AZMI