Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi baru-baru ini mengeluarkan laporan bahawa China menarik pelaburan asing sebanyak 53 bilion dolar Amerika pada tahun 2003 dan buat kali pertama menjadi negara yang menarik pelaburan asing paling banyak di dunia.
Laporan yang bertema "Trend dan Pembangunan Masa Dekat ini Pelaburan Asing" tersebut dinyatakan bahawa A.S. menerima pelaburan asing sebanyak 39.9 bilion Amerika pada tahun 2003, menurun 72.4 bilion Amerika iaitu 45% berbanding dengan tahun 2002. Dalam laporan tersebut dinyatakan China kali pertama menjadi negara yang menarik pelaburan asing paling banyak di dunia pada tahun 2003.
Menurut laporan tersebut, 30 buah negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi melabur sebanyak 576.3 bilion Amerika ke luar negara pada tahun 2003, meningkat 96 bilion Amerika berbanding dengan tahun 2002, akan tetapi jauh rendah daripada rekod paling tinggi dalam sejarah iaitu 1235.8 bilion Amerika pada tahun 2000.
Negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi menarik pelaburan asing berjumlah 384.4 bilion Amerika pada tahun 2002 dan menurun 28% berbanding dengan tahun 2002. Mereka berpendapat bahawa ini sebab eknomi dunia belum dipulihkan, orang ramai berasa bimbang terhadap keselamatan antarabangsa, banyak syarikat menumpukan perhatian terhadap penyusunan semula urus niaganya, tetapi tidak dengan positif menubuhkan atau membeli syarikat trans nasional yang baru.
Pelaburan negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi meningkat pada tahun 2002, akan tetapi jumlah menarik pelaburan asing menurun. Oleh itu, negara membangun mencipta rekod menarik pelaburan asing paling banyak dalam sejarah.
Beberapa negara maju seperti German, Britain dan Jepun menerika pelaburan asing pada tahun lalu telah menurun berbanding dengan tahun 2002.
Dalam laporan tersebut juga dinyatakan bahawa, India menarik pelaburan asing berjumlah 4 bilion dolar Amerika tahun lalu. Manakala Rusia hanya menarik pelaburan asing berjumlah 1 bilion dolar Amerika tahun lalu.
|