Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-05 15:24:51    
China Ambil Tindakan Positif untuk Menjamin Alam Sekitar Air di Kawasan Tiga Gaung Sungai Yangtze, China

Agensi Berita Xinhua China

Selepas projek tiga Gaung Sungai Yangtze secara rasmi menakung air pada 1 Jun tahun lalu, walaupun kualiti air tidak terjejas, tetapi kualiti air di beberapa anak sungai mengalami pencemaran dalam peringkat berlainan. Oleh itu, China mengambil tindakan yang berkesan sepertai menubuhkan logi rawatan air kumbahan dan pusat menguruskan sampah sarap, meningkatkan kawalan terhadap pencemaran kapal dan menjamin alam sekitar air di kawasan tiga Gaung sungai Yangtze.

Biro Pemeliharaan Alam Sekitar Negara mengeluarkan kenyataan "Pengumuman Penyeliaan Biologi dan Alam Sekitar Sungai Yangtze" baru-baru ini menyatakan bahawa kualiti air di kawasan Tiga Gaung sungai Yangtze tidak ada perubahan yang ketara pada tahun 2003 berbanding dengan tahun 2002.

Ancaman yang paling serius terhadap alam sekitar air di kawasan Tiga Gaung sungai Yangtze adalah air kumbahan dan sampah sarap. Ketua Biro Memelihara Alam Sekitar Bandar Chongqing Zhang Shaozhi memaklumkan bahawa antara 17 logi rawatan air kumbahan di kawasan Chongqing Tiga Gaung Sungai Yangzte, melainkan 2 logi disebabkan oleh kekurangan air tidak boleh beroperasi dengan normal, 15 logi lain sedang breoperasi dengan normal dan menguruskan air kumbahan sebanyak 143 ribu tan sehari iaitu 62.4% keseluruhan air kumbahan di seluruh kawasan itu.

Menurut statistik Jutawankuasa Pengurusan Pentadbiran Bandar Chongqing bahawa, 13 pusat menguruskan sampah sarap boleh menguruskan sampah sarap sebanyak 1840 ribu tan sehari iaitu 81% sampah sarap di kawasan itu.

Untuk mengawal mutu air di kawasan Tiga Gaung Suangi Yangtze, China akan memperuntukkan 80 juta Yuan RMB untuk menubuhkan tiga pusat penyeliaan kualiti air baru di kawasan Tiga Gaung. Bandar Chongqing akan menubuhkan jaringan penyeliaan kualiti air autonomi 24 jam.