"Kawasan ekonomi di pantai laut" yang terletak di kawasan teluk Beihu Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China sedang giat ditubuhkan. Kawasan ekonomi tersebut akan ditubuhkan sebagai kawasan ekonomi yang saling menguntungkan pelbagai hala antara China dan ASEAN.
Selaras dengan langkah pertubuhan Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN, para saudagar menyedari bahawa Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi yang sebagai kawasan paling dekat dengan negara ASEAN mempunyai potensi pembangunan ekonomi yang besar.
Di banar Qinzhou, Fangchenggang dan Beihai iaitu tiga bandar pelabuhan di teluk Beihu Guangxi, China terdapat banyak syarikat. Mereka mengimport bahan pertanian dari negara ASEAN menerusi pelabuhan yang dekat. Disebabkan oleh keutamaan dalam bidang tarif dan kos pengangkutan yang rendah, barangan pengeluaran syarikat tersebut mempunyai keupayaan persaingan yang hebat dalam pasaran China.
Zon Perdagangan China-ASEAN akan ditubuhkan pada tahun 2010. Menurut perjanjian penandatanganan dua hala, 500 jenis barangan pertanian akan bebas daripada tarif sejak bulan Januari tahun 2006. Pakar berjangka bahawa dalam Ekspo China-ASEAN yang akan diadakan pada bulan November yang akan datang, barangan yang bebas daripada cukai tersebut akan menjadi tumpuan perhatian umum. Lebih banyak syatikat akan menyertai pembangunan kerjasama ekonomi dengan negara ASEAN.
Projek memperluas laluan perkapalan peringkat 100 ribu tan yang diperuntukkan 6 bilion Yuan RMB dirasmikan di pelabuhan Qinzhou, Guangxi China. Oleh demikian, pembangunan infrastruktur di tiga bandar pelabuhan iaitu Beihai, Qinzhou dan Fangchenggang dimulakan agar kawasan ekonomi di pantai laut di teluk Beibu di sana dapat ditubuhkan dengan lebih cepat.
|