Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-08 14:11:24    
China Mulakan Kerjasama "Subkawasan, Delta Sungai Mutiara"

CRI

Encik Zhang Dejiang, Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Guangdong Parti Komunis China, merupakan tokoh pertama yang mengemukakan konsep "Subkawasan, Delta Sungai Mutiara" dan berpendapat "Kedudukan Hong Kong sebagai pusat kewangan, perkapalan dan maklumat" tidak boleh digantikan.

Beliau berharap Hong Kong dapat berkembang menjadi pusat perkhidmatan perdagangan antarabangsa yang penting di dunia yang mengutamakan industri logistik moden dan industri kewangan.

Ketua Ekskutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Tung Che Hwa berpendapat bahawa Hong Kong mempunyai kelebihan dalam bidang modal, kewangan, maklumat dan perkhidmatan, dan juga berupaya kuat dalam bidang penerokaan pasaran dan penjualan.

Beliau berpendapat bahawa meningkatkan pelaksanaan dasar buka pintu dan menyediakan lebih banyak peluang kepada perusahaan di "Subkawasan Delta Sungai Mutiara" menyertai persaingan dan kerjasama antarabangsa, tak syak lagi, ia merupakan matlamat utama dalam kerjasama kawasan tersebut. Dengan demikian, Hong Kong akan memainkan peranan sebagai pengantara mendorong ekonomi di "Subkawasan Delta Sungai Mutiara" berkembang ke satu era yang baru.

Gabnor Provinsi Guangdong China Encik Huang Huahua melahirkan pandangan yang sama tentang Hong Kong sebagai pusat kewangan dan perdagangan boleh menjadi pendorong utama untuk menggalakkan "Sukawasan Delta Sungai Mutiara" menyertai kerjasama ekonomi sedunia.

"Subkawasan Delta Sungai Mutiara" termasuk 9 provinsi dan wilayah autonomi iaitu Guangdong, Guangxi, Fujian, Jiangxi, Hunan, Hainan, Sichuan, Guizhou dan Yunnan, serta 2 wilayah pentadbiran khas iaitu Hong Kong dan Makau. Lingkungannya meliputi bahagian tengah, timur dan barat China, dan keluasan serta penduduknya menduduki 1/5 dan 1/3 jumlah keseluruhan di seluruh China.

Pada tahun 2003, GDP "Subkawasan Delta Sungai Mutiara" mencatat 630 bilion dolar Amerika iaitu hamper sama dengan jumlah keseluruhan 10 negara anggota ASEAN, manakala jumlah keseluruhan perdagangan luar "Subkawasan Delta Sungai Mutiara" sudah mendekati taraf Jepun.

----AZMI