Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-08 14:11:54    
Korporat Daun Teh Emeishan

CRI

Korporat Xianzhizhujian Bandar Emeishan, korporat daun teh China pertama terletak di Taman Daun Teh Ekologi Gunung Heibaoshan Xianzhizhujian, ia merupakan pangkalan daun teh ekologi yang terbesar di China. Baru-baru ini, korporat tersebut telah memnahagi-bahagikan faedah kali kedua kepada penanam teh.

Encik Song Shaoqing, penanam teh yang berumur 64 tahun mendapat faedah sebanyak 1,300 yuan RMB. Beliau berkata kepada wartawan kami bahawa dari 2003 hingga 2004, di bawah bantuan korporat, beliau berjaya mewujudkan penanaman standard di kebun teh yang seluas hampir 3.3 hektar, jumlah pengeluaran dan kualiti teh yang ditanamnya meningkat dengan ketara.

Setelah semua hasil penanamannya dijual kepada Korporat Xianzhizhujian Bandar Emeishan, Encik Song Shaoqing memperoleh pendapatan sebanyak lebih 50 ribu yuan RMB, jika termasuk faedah yang diperoleh kali kedua, pendapatannya lebih banyak kira-kira 5 ribu yuan RMB berbanding pada masa sebelum menganggotai korporat.

Beliau berkata, meskipun tidak mendapat faedah kali kedua, beliau juga bersedia menganggotai korporat, kerana korporat itu boleh menjamin penjualan teh dipertahankan stabil. Pada masa dahulu, Encik Song Shaoqing pernah gagal menjual semua tehnya setiap tahun, tetapi pada tahun 2004, beliau tidak mengalami kesukaran tersebut.

Korporat Xianzhizhujian Bandar Emeishan ditubuhkan pada Mac 2003.

Pada tahun 2004, korporat tersebut membeli teh sebanyak 2.8 ribu tan dari para penanam, menjual teh terkenal sebanyak 255 tan, jumlah pendapatan yang diperoleh oleh anggotanya mencatat 117 juta yuan RMB, dan berjaya membantu para penanam teh meningkatkan pendapatan sebanyak 800 yuan RMB.

Pada masa ini, Korporat Xianzhizhujian Bandar Emeishan mempunyai 8 pertubuhan, 5,886 keluarga, dan jumlah anggotanya seramai 16,500 orang.

Pengarah Korporat Xianzhizhujian Bandar Emeishan Encik Yang Zeyong memaklumkan bahawa hasil korporat tersebut telah dijual ke lebih 20 provinsi dan bandar di China, dan juga dieksport ke pelbagai Negara termasuk A.S, Republik Korea dan Singapura.

Baru-baru ini, Korporat Xianzhizhujian Bandar Emeishan berjaya menandatangani kontrak yang bernilai 100 juta yuan RMB dengan "Zhang Yi Yuan" Beijing, kedai lama teh yang terkenal di China.

----AZMI