Sidang Pemimpin Pertubuhan Pedagang Cina Sejagat dirasmikan di Makau pada pagi 5 Julai. Seramai lebih 180 orang pemimin pertubuhan pedagang Cina dan tokoh ternama perusahaan dari lebih 20 buah negara dan kawasan termasuk A.S., Kanada dan Britain telah menyertai sidang itu.

Sidang tersebut yang berlangsung dua hari dianjurkan oleh Persekutuan Pertubuhan Pedagang Cina Dunia yang beribu pejabat di Makau dan diselenggarakan oleh Jabatan Mendorong Perdagangan dan Pelaburan Makau. Tujuan sidang kali ini adalah untuk mendorong interaksi antara pemimpin pedagang Cina di seluruh dunia dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara pedagang Cina di dalam dan luar negara China.
Dalam sidang pertama hari, para peserta telah menukar pandangan tentang keadaan ekonomi pelbagai tempat, peluang berniaga dan kerjasama antara pedagang Cina dalam industri yang mempunyai masa depan cerah pada era baru ini.

Hari ini, para peserta sidang itu akan mengkaji persekitaran perniagaan di Makau.
Pengerusi Eksekutif Persekutuan Pertubuhan Pedagang Cina Dunia, Doktor Ding Kaien semasa menyampaikan ucapan perasmian berkata, "ekonomi pedagang Cina" dan "ekonomi China" sedang mendapat perhatian seluruh dunia.
Menurut statistik pelbagai pihak, terdapat 50 juta orang perantau Cina di luar negara China, antaranya terdapat kira-kira 6 juta orang ialah pengelola perusahaan pelbagai bentuk. Mereka telah menyumbang besar dalam proses pembangunan ekonomi negara ini, bahkan dapat mempengaruhi arah ekonomi dan pelaburan di rantau Asia.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Ho How Wah dalam ucapannya menyatakan, sidang kali ini telah menyediakan peluang yang baik untuk pengusaha Makau belajar daripada pengusaha di dalam dan luar negara. Beliau berharap pengusaha Makau menjalinkan hubungan yang rapat dengan pedagang Cina dari pelbagai tempat di dunia untuk saling membelajari dan menguntungi dalam bidan perniagaan.
Naib Presiden Jawatankuasa Promosi Perdagangan Antarabangsa China, Yu Ping sebagai tamu hormat juga telah menyampaikan ucapan dalam sidang itu. Beliau berkata, dengan adanya usaha beberapa generasi dalam tempoh yang lama, jaringan pedagang Cina telah dijalin di seluruh dunia.
Seiring dengan peningkatan kekuatan ekonomi sendiri, sumbangan pedagang Cina terhadap pembangunan ekonomi sejagart juga semakin membesar. Kenyataan membuktikan pedagang Cina berkeupayaan menyertai persaingan pasaran dalam lingkungan sedunia dan akan mendorong perkembangan ekonomi dunia meningkat ke tahap yang baru.
|