Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-06 15:06:20    
China Ambil Pelbagai Tindakan Dorong Perkembangan Industeri Perkhidmatan

CRI
Kerajaan China bercadang meningkatkan industeri perkhidmatan pada beberapa tahun akan datang dan meningkatkan kedudukannya dalam ekonomi kebangsaan China. Menteri yang bertanggungjawab atas Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China encik Ma Kai menyatakan bahawa kerajaan China akan mengambil pelbagai tindakan seperti menyusun semula steruktur industeri perkhidmatan, menyempurnakan undang-undang dan sebagainya mendorong perkembangan industeri perkhidmatan.

Menurut statistik pihak rasmi China, pada 25 tahun yang lalu, pertumbuhan industeri perkhidmatan China purata meningkat 10% pada setiap tahun dan lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi pada tempoh yang sama. Orang berkecimpung dalam bidang industeri perkhidmatan meningkat kepada hampir 220 juta orang pada tahun lalu dari 50 juta orang pada tahun 1978. Industeri perkhidmatan telah menjadi saluran utama menyediakan peluang pekerjaan di China.

Walaupun industeri perkhidmatan China berkembang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi masih ada kekurangan yang besar berbanding dengan industeri yang sama negara asing. Ketua Pengarah Menteri Ma Kai menyatakan bahawa kerajaan China akan mengambil tindakan untuk menyokong perkembangan industeri perkhidmatan. Beliau berkata, kerajaan China akan meningkatkan pembukaan pasaran kepada luar, meningkatkan pembaharuan industeri perkhidmatan, menyusun semula struktur industeri perkhidmatan dan meningkatkan persaingan antarabangsa industeti perkhidmatan.

Ma Kai berpendapat perkembangan ekonomi China yang pesat menyediakan ruangan perkembangan yang luas kepada industeri perkihdmatan China, khususnya KDNK perkapita China melebihi 1000 dolar Amerika pada tahun lalu.