"Naning lebih indah permai dari lukisan, saya akan bergambar pemandangan itu supaya lebih ramai orang menikmatinya." Katanya seorang wartawan stesen TV Filipina di Nanning semalam.
Sejak tahun ini, Ekspo China-ASEAN akan diadakan di Nanning China pada bulan November setiap tahun. Wartawan dari 9 negara anggota ASEAN atas undangan sedang mewawancara keadaan persiapan Ekspo China-ASEAN tersebut di sana. Antaranya termasuk setesen TV-9 Thailand, stesen TV negara Myanmar, stesen TV radio Brunei Darussalam, stesen TV ABS-CBN Filipina, stesen TV Vietnam, stesen TV negara Kemboja, stesen TV radio Malaysia, stesen TV Indonesia, stesen TV negara Laos.
Ketua Bahagian Berita Antarabangsa stesen TV Guangxi encik Huang yang bertanggungjawab usaha penyambutan berkata, "Ekspo China-ASEAN menyambut penyertaan rakan-rakan sekerja."
Pegawai stesen TV Vietnam Encik Nguyen berkata, "Ekspo China-ASEAN yang khusus menyediakan peluang perdagangan, pelaburan dan kerjasama teknologi serantau mempunyai terlalu banyak perkara patut dilaporkan."
Dalam program wawancara yang dikemukakan oleh pelbagai pihak media disenaraikan lebih 30 topik. Seorang pegawai stesen TV Malaysia menyatakan bahawa "Pertukaran dan Kerjasama Kebudayaan dan Ekonomi antara Guangxi dengan Negara ASEAN Menjadi Semakin Kerap", "Kelebihan Guangxi" dan sebagainya menjadi tumpu perhatian kami.
Ketua Jabatan Pengajian Asia Tenggara Institut Akademi Sains dan Sosial Guangxi Dr. Gu Xiaosong berpendapat bahawa melalui leporan stesen TV utama negara anggota ASEAN, usahawan dan orang ramai pelbagai negara ASEAN akan lebih mengetahui dan menumpukan perhatian kepada Ekspo China-ASEAN, pertukaran perdagangan dan kebudayaan antara China dengan negara ASEAN akan dieratkan.
|