Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-07 15:49:14    
China Memperingati Ulang Tahun ke-600 Cheng Ho Belayar ke Barat

CRI

Menurut berita CRI: Naib Menteri Komunikasi China Xu Zuyuan di Beijing hari ini menyatakan, China akan mengadakan pelbagai aktiviti dalam tempoh setahun lebih yang akan datang untuk memperingati ulang tahun ke-600 Cheng Ho belayar ke barat.

Berdasarkan maklumat, aktiviti kali ini bertema "Mencintai negara, tetangga baik, belayar secara saintifik". Pelbagai aktiviti seperti peraduan pengetahuan tentang ilmu pelayaran dan laut serta pelbagai pertukaran akademi akan diadakan. Persidangan dan pameran untuk memperingati ulang tahun ke-600 Cheng Ho belayar ke barat akan diadakan pada bulan Julai tahun 2005, di samping itu, Ekspo Pelayaran Cheng Ho dan Laut Antarabangsa akan diadakan di Shanghai.