|
Menurut Agensi berita Xinhua: Berdasarkan maklumat dari Seminar Ketua Jabatan Pertanian Nasional China yang diadakan di Beijing semalam, seiring dengan pelaksanaan dasar membantu pengeluaran bahan makanan dan meningkatkan pendapatan kaum tani di China, pendapatan wang tunai kaum tani meningkat puluhan peratus pada suku tahun kedua tahun ini.
Berdasarkan maklumat, pendapatan wang tunai kaum tani perkapita meningkat 9.2% pada suku tahun pertama tahun ini, meningkat serentak dengan peningkatan pendapatan penduduk di bandar dan pekan.
Disebabkan harga barangan pertanian naik dan pelaksanaan dasar peningkatan pendapatan kaum tani, pendapatan kaum tani yang diperoleh dengan menanam bahan makanan meningkat dengan pesat.
|