Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-08 16:52:57    
Industri Pelancongan China Berkembang Baik

Agensi Berita Xinhua China
Sejak tahun ini, pasaran pelancongan melawat China pulih cepat, industri pelancongan tempatan terus rancak dan pelancongan ke luar negara meningkat. Semua itu mencerminkan industri pelanconga China berkembang semakin hari semakin baik.

Statistik Jabatan Pentadbiran Pelancongan Nasional China menunjukkan, dalam tempoh bulan Januari hingga Mei tahun ini, jumlah pelancong luar ke China mencatat 42.49 juta orang, meningkat 22% dan 9% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2003 dan 2002 serta merekodkan peningkatan sebanyak 8.7 bilion dolar Amerika dari segi pendapatan wang asing dan angka itu meningkat 37% dan 10% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2003 dan 2002.

Pada masa ini, pelancongan perniagaan dan individu masuk ke negara ini pulih cepat, tetapi pelancong pakej luar negera belum pulih.

Pelancongan domestik China telah mewujudkan pertumbuhan yang mantap. Statistik menunjukkan, dalam tempoh 7 hari cuti pada "minggu emas" 1 Mei tahun ini, pelbagai destinasi pelancongan China telah menerima seramai 104 juta orang pelancong dan memperoleh pendapatan sebanyak 39 bilion Yuan Renminbi.

Pelancongan penduduk China ke luar negara berkembang pesat. Dalam tempoh dari bulan Januari hingga Mei tahun ini, terdapat 11.17 juta orang warganegara China telah melancong ke luar. Jumlah itu meningkat 59% dan 82% berbanding tempoh yang sama tahun 2003 dan 2002.

Pada kesuluruhannya, industri pelancongan China telah mengatasi pengaruh SARS dan sedang berada dalam tempoh pemulihan.

Penanggungjawab Jabatan Pentadbiran Pelancongan Nasional China menyatakan, pemulihan industri pelancongan China dimanfaatkan oleh siri dasar dan langkah yang dikemukakan oleh kerajaan pusat China dan pertumbuhan ekonomi China yang berterusan dan pesat.

China telah dikenali sebagai tempat pelaburan dan destinasi pelancongan yang manarik di dunia. Produk pelancongan China semakin hari semakin banyak dan diperbaiki. Taraf kualiti kemudahan dan perkhidmatan pelancongan China telah mencapai taraf antarabangsa pada umumnya dan jaminan keselamatan terhadap pelancong juga lebih baik daripada sesetengah negara lain. Nisbah pedagang luar semakin hari semakin tinggi daripada pelancong luar negara yang melancong ke China dan akan menyumbang untuk pertumbuhan industri pelancongan dalam jangka panjang.