Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-08 17:00:41    
China Berusaha Memperoleh Pingat Emas Paling Banyak dalam Kumpulan Kedua Sukan Olimpik Athens

CRI
Dalam Sukan Olimpik Sydney pada tahun 2000, skuad China telah meraih 28 pingat emas dan menduduki tempat ke-3 dalam senarai negara yang meraih pingat emas paling banyak. Sama ada skuad China akan terus mencapai kejayaan tersebut dalam Sukan Olimpik Athens yang akan datang masih belum pasti.

Pada 24 Jun lepas, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China dalam "sidang maklumat Sukan Olimpik Athens 2004" buat kali pertama memaklumkan matlamat dan sasaran skuad China dalam Sukan Olimpik Athens.

Penolong Menteri Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik China Xiao Tian menyatakan, sekarang, ujian kelayakan Sukan Olimpik yang disertai oleh atlet China sudah berakhir, atlet China sudah memperoleh kelayakan untuk menyertai 26 acara utama kecuali equestrian dan besbel. China akan menghantar kontijen yang terdiri daripada lebih 620 orang untuk menyertai sukan Olimpik kali ini. Sukan Olimpik Athens akan menjadi temasya sukan Olimpik yang paling besar, jumlah acara paling banyak dan jumlah peserta paling ramai dalam sejarah sukan Olimpik musim panas. Beliau berkata,

"Sehingga 24 Jun lepas, atlet China sudah mendapat kelayakan dalam 26 acara utama dan 200 acara sampingan. Dijangka jumlah atlet China yang menyertai Sukan Olimpik Athens akan mencapai 400 orang, kontijen kali ini merupakan kontijen yang paling ramai bagi China untuk menyertai Sukan Olimpik.

Dalam beberapa sukan Olimpik yang lepas, China sentiasa menduduki tempat teratas dalam kumpulan kedua yang meraih pingat emas paling banyak. Naib Menteri Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Li Furong menyatakan, jumlah pingat emas China dalam sukan Olimpik kali ini juga tidak akan melebihi kutipan pingat emas kumpulan pertama yang terdiri daripada A.S. dan Rusia, China akan berusaha terus menduduki tempat teratas dalam kumpulan kedua. Sekarang, saingan dalam kumpulan kedua juga sangat sengit, kontijen China akan menghadapi cabaran. Beliau berkata,

"Situasi persaingan dalam kumpulan 2 juga mengalami perubahan dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Berdasarkan beberapa acara pertandingan sukan bertaraf dunia yang penting, taraf atlet sukan Jerman sedang meningkat dan merupakan saingan utama kepada China. Selain itu, Australia, Perancis dan beberapa negara lain juga boleh menyangi melawan China dalam beberapa acara."

(Pasukan Bola Tampar Wanita Kebangsaan China membuat persiapan demi Sukan Olimpik Athens.)

Li Furong memaklumkan, cara pendaftaran Sukan Olimpik berlainan dengan pertandingan satu acara dunia. Jumlah atlet China yang menyertai acara yang mempunyai keunggulan adalah terhad, Athens terletak di Benua Eropah, unsur iklim, makanan dan perbezaan waktu akan mempengaruhi taraf atlet. Selain itu, harapan yang tinggi rakyat China telah memberi tekanan yang tinggi kepada atlet China. Kontijen China menghadapi cabaran untuk mencapai sasaran dalam Sukan Olimpik Athens kali ini.

Walaupun menghadapi cabaran, tetapi Encik Li Furong penuh keyakinan terhadap atlet China, kerana taraf atlet China telah meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Li Furong menyatakan, China selain terus mempunyai keunggulan dalam acara gimnastik, terjun air, menembak dan angkat berat wanita, China juga telah mencapai kemajuan dalam acara yang lain. Khususnya setelah Sukan Olimpik 2000, China telah berusaha untuk meningkatkan taraf atlet olahraga, renang dan sukan air dan telah mencapai kemajuan dalam acara tersebut.

Sukan Olimpik Athens merupakan sukan Olimpik terakhir sebelum Sukan Olimpik Beijing 2008, kontijen China akan mendedahkan atletnya untuk mencapai kemajuan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Di samping menjamin untuk mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Athens kali ini, China akan menghantar lebih ramai atlet muda untuk menyertai acara yang China mempunyai keunggulan.

Sukan Olimpik Athens akan dirasmikan dalam waktu tidak sampai 50 hari, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China telah mengambil beberapa tindakan untuk menjamin taraf atletnya dalam Sukan Olimpik. Encik Li Furong berkata,

"Tugas utama sekarang ialah meningkatkan mutu dan keefisienan latihan, menjamin taraf atlet dalam pertandingan. Kami yakin atlet China boleh mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Athens kali ini.

(Lari obor Sukan Olimpik Athen di Istanbul)

----Andika