Menurut Agensi Berita Xinhua China bahawa Jabatan Pentadbiran Am Pemeriksaan Kualiti dan Kuarantin Negara China semalam telah mengeluarkan pemberitahuan kecemasan untuk mengarahkan badan pemeriksaan kuarantin pelbagai tempat mengambil tindakan mencegah perebakan wabak selesema burung.
Dalam pemberitahuan tersebut ditegaskan semua pihak terlibat perlu mengambil berat kerja pemeriksaan kuarantin terhadap hasil ayam dan itik yang dibekalkan kepada Hong Kong dan Makau.
Pihak berkuasa itu juga mengarahkan pelbagai tempat mencegah selesema burung daripada merebak ke luar negara.
Selain itu, pegawai Jabatan Pentadbiran Am Pemeriksaan Kualiti dan Kuarantin Negara China menjelaskan selain mencegah wabak selesema burung merebak ke luar negara, juga harus mencegah wabak itu daripada merebak dalam negara China.
|