Menurut Agensi Berita Xinhua: berdasarkan laporan yang diumumkan bersama oleh Bank Pembangunan Asia dengan Program Perancangan Bersama Penyakit AIDS PBB semalam, tindakan kecemasan dan menyeluruh harus dilaksanakan di negara dan kawasan Asia untuk menyekat perebakan penyakit AIDS.
Berdasarkan laporan itu, jika usaha pencegahan dan rawatan tidak ditingkatkan, pembawa virus AIDS akan meningkat 10 juta di Asia.
Bank Pembangunan Asia berpendapat, penyakit AIDS bukan sahaja mengancam kesihatan rakyat di kawasan Asia, tetapi juga menjejaskan usaha PBB untuk mewujudkan matlamat alaf di kawsan itu.
Bank Pembangunan Asia telah memperuntukkan 140 juta Dolar Amerika untuk mencegah penyakit AIDS.
|