Menurut Berita CRI: Berdasarkan statistik terbaru yang diumumkan oleh Jabatan Statistik Negara China hari ini, nilai tambahan perusahaan industri skop besar dan sederhana China berjumlah hampir 2500 bilion Yuan RMB pada separuh tahun pertama tahun ini, meningkat 17.7% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama.
Berdasarkan statistik itu, peningkatan industri berat lebih cepat, nilai tambahan meningkat hampir 20%. Peningkatan penjanaan kuasa elektrik perusahaan elektrik paling cepat dalam tempoh 30 tahun yang lalu.
Berdasarkan statistik itu, peningkatan beberapa barang keluaran yang berkaitan dengan pelaburan seperti simen, keluli silinder menurun pada bulan Jun berbanding bulan Mei.
|