Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-07-09 13:39:19    
Pembaharuan Sistem Pentadbiran Penerbangan Awam China Selesai

Agensi Berita Xinhua China
Pada 8 Julai, Jabatan Pentadbiran Am Penerbangan Awam China secara rasmi telah menyerahkan kuasa pentadbiran empat lapangan terbang awam yang terletak di Provinsi Gansu di barat laut China kepada kerajaan rakyat provinsi itu.

Setakat ini, pembaharuan terhadap sistem pentadbiran penerbangan awam China yang ditetapkan oleh Dewan Negara China selama dua tahun telah selesai. Sistem pentadbiran penerbangan awam baru adalah seleras dengan permintaan pembangnunan ekonomi pasaran sosialis, pembangunan sektor penerbangan awam China dan kelaziman sektor penerbangan awam di dunia.

Pada 3 Mac 2002, Dewan Negara China membuat keputusan yang penting untuk membaharui sistem pentadbiran penerbangan awam dan telah menetapkan Rancangan Pembaharuan Sistem Sektor Penerbangan Awam.

Sebelum itu, China telah menjalankan pembaharuan terhadap sistem pimpinan dan pengurusan penerbangan awam China. Pembaharuan kali ini merupakan pembaharuan yang paling menyeluruh dalam sejarah Republik Rakyat China.

Dalam dua tahun yang lalu, dengan pimpinan Dewan Negara China, pembaharuan sistem pentadbiran terhadap penerbangan awam yang dilaksanakan oleh Jabatan Pentadbiran Am Penerbangan Awam China dijalankan dengan lancar.

Pada masa ini, sistem pentadbiran penerbangan awam China terdiri daripada Jabatan Pentadbiran Am Penerbangan Awam, 7 buah biro pentadbiran kawasan, 26 buah jabatan pentadbiran dan penyeliaan keselamatan penerbangan peringkat provinsi.

Fungsi bandan pentadbiran kerajaan China akan menumpukan lima bidang iaitu pentadbiran keselamatan penerbangan awam, mengawal pasaran, kawalan makro, kawalan lalu lintas udara dan perhubungan dengan luar.

Selain itu, kuasa pimpinan terhadap balai polis di lapangan terbang juga telah diserahkan kepada pentadbiran tempatan bersama-sama dengan penyerahan kuasa pentadbiran lapangan terbang. Penubuhan pasukan polis udara telah diselesaikan dan mulai menjalankan tugas pada penghujung tahun 2003.

Rancangan Pembaharuan Harga Pengangkutan udara telah dikeluarkan dan berkuatkuasa pada tahun 2004.

Pembaharuan itu telah mendorong pembangunan sektor penerbangan awam China. Dalam dua tahun ini, keberkesanan pembaharuan itu telah dapat dilihat dan taraf jaminan keselamatan telah meningkat.